in

“Penat buat video saya nak berehat” – Sedih Pemergian Bekas Pengurus, Dato’ Aliff Syukri Bakal Berhenti Hasilkan Video?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih terkesan pemergian bekas pengurus iaitu Allahyarham Ghazi Bin Mat Lawi, Dato’ Seri Aliff Syukri hari ini pergi menziarahi kubur arwah di kampung halamannya baru-baru ini.


Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri berasa amat berbesar hati apabila kehadirannya disambut dengan baik oleh ahli keluarga arwah dan ketua kampung kawasan itu.

View this post on Instagram

Sebak pilu dan sedih yang saya boleh gambarkan pada harini. apabila melawat kubur arwah @ghazi_ml bukan sahaja seperti perkerja saya. Tetapi seperti adik dalam keluarga saya. . . saya dapat rasakan betapa kuatnya kekeluargaan beliau apabila smua family beliau ada…Hari ini saya memberi penghormatan terakhir kepada beliau. .Saya juga di temani oleh ketua kmpong. Dan juga wakil dari perkeso. semoga arwah diletakkan di tempat org2 yang beriman amin. apapon yang terjadi saya percaya pada yg di tentukan oleh allah. Harimau mati tinggal kan belang.manusia Mati tinggal Kan kenangan harta benda Dan juga nama . . Dan kepada waris ibu bapa arwah terima kasih layanan baik dari semua keluarga arwah @ghazi_ml . yang menyambut kedatangan saya ..Apa pun semoga keluarga arwah-tenang dan kuat menempuh dugaan hidup ini … (Maaf kalau video saya kurang posting kerana saya dah penat buat vwdio sy nak berehat)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

“Sebak pilu dan sedih yang saya boleh gambarkan pada harini. Apabila melawat kubur arwah @ghazi_ml bukan sahaja seperti perkerja saya. Tetapi seperti adik dalam keluarga saya.

“Saya dapat rasakan betapa kuatnya kekeluargaan beliau apabila semua family beliau ada… Hari ini saya memberi penghormatan terakhir kepada beliau. Saya juga ditemani oleh ketua kampong. Dan juga wakil dari perkeso.

“Semoga arwah diletakkan di tempat org2 yang beriman amin,” katanya.

Dalam pada itu, dihujung kapsyen foto di Instagram tersebut, Aliff Syukri sempat memberitahu bahawa dia bakal berhenti daripada menghasilkan video kerana ingin masa untuk berehat.

“Dan kepada waris ibu bapa arwah terima kasih layanan baik dari semua keluarga arwah @ghazi_ml yang menyambut kedatangan saya.

“Apa pun semoga keluarga arwah tenang dan kuat menempuh dugaan hidup ini. (Maaf kalau video saya kurang posting kerana saya dah penat buat video sy nak berehat).”

 

“Orang baik akan dikenang” – Netizen 

Apa-apapun posting tersebut mendapat pelbagai komen postif daripada netizen yang mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.

Semoga Dato’ Aliff dan keluarga arwah terus tabah. 

Baca:“Customer complain lepastu ko salahkan customer” – Bekas Pekerja ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.