in

“Customer complain lepastu ko salahkan customer” – Bekas Pekerja ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri

Mel4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dengan isu resort kotor yang tular beberapa hari lepas, bekas pembantu usahawan Aliff Syukri, Melati Abd Ghani tampil bersuara menerusi IG Story miliknya 3 hari lepas.


Baginya tindakan untuk balas dan menyalahkan semula pelanggan resort itu sangat tidak wajar.

 

Ni bodoh punya orang, dah memang tempat ko kotor, customer complaint. Lepas tu ko nak salahkan customer dah kenapa? Customer is right.”

Mel 1

Katanya lagi, sebagai seorang peniaga, dia patut memainkan peranan untuk minta maaf bukan salahkan balik pelanggan.

“Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan salahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah. Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.”

Katanya lagi, Aliff Syukri patut belajar pada orang yang lebih hebat dan turunkan egonya. Malah, Melati juga ada dedahkan yang Aliff Syurki ada paksa staff bersumpah,

“Kalau staff ko bolehlah paksa suruh sumpah bagai, ini customer ko suruh bersumpah bagai walaupun benda tu tak betul. Simpan sikit bangan tu boleh tak.”

Mel2 1

Melati juga ada bagi komen tentang kes keluarga pelanggan yang didedahkan oleh Aliff Syukri. Baginya, ia adalah perkara normal untuk kanak-kanak berlari.

Mel3 1

Melati sebelum ini pernah mendedahkan dia telah diberhentikan tugas dengan usahawan kosmetik itu selepas setia berkhidmat sekian lama.

 

Baca : “Dah la ada 2-3 anjing depan lobby tu” – Aliff Syukri Tayang Rakaman CCTV Konon ‘Kurang Sopan’, Ini Respon Pelanggan

Anjing

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.