Nak kurangkan berat badan? Kena lah jaga pemakanan dan rajin bersenam. Namun, jangan lupa dapatkan dulu nasihat daripada pakar sebab tak semua jenis diet sesuai dengan tubuh kita.
Macam yang berlaku kepada seorang wanita yang juga peminat K-Pop ini yang dikatakan telah jatuh sakit setelah mencuba diet yang diamalkan oleh ahli kumpulan K-Pop GOT7, Jackson Wang.
Menurut Koreaboo, wanita yang dikenali sebagai Borararax2 itu telah merakam vlog di mana dia mencuba meal plan yang diinspirasikan daripada artis K-Pop, Jackson Wang selama tiga hari.
Namun, ia tak dapat bertahan lama sebab pada hari kedua, wanita ini jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Menurutnya, semuanya baik-baik sahaja ketika permulaan diet di mana dia tidak megambil karbohidrat dan fruktosa.
Difahamkan, Jackson akan minum detox shakes iaitu sejenis minuman yang kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap pagi ketika sarapan.
Menurut wanita ini, air detox ni lah yang memberi kesan buruk terhadap badannya. Mungkin dia jugak tak dapat zat yang mencukupi kot.
Buah pir dan epal mempunyai kandungan gula yang tinggi dan Borararax2 jugak mengatakan dia tak sepatutnya mengambil apa-apa makanan yang ada gula walaupun gula semula jadi.
Dalam video TikToknya juga, wanita ini ada explain yang banyak makanan yang dia ambil ketika diet tersebut telah menyebabkan toleransinya kepada makanan berubah.
@borararax2 jackson wangs food choices literally make me sick 🤢 #fyp #kpop #jacksonwang #got7 #diet
Setelah mendapatkan rawatan di hospital, Borararax2 dikatakan telah menjalani pembedahan. Ketika di hospital juga, dia telah menjalani pemeriksaan untuk mengesan glucose dan lactose intolerances.
Hasil pemeriksaan juga mendapati bahawa rupa-rupanya dia tak boleh makan makanan yang diambilnya ketika mencuba diet artis K-Pop itu. Sebelum mencuba diet Jackson Wang pun, wanita ini sebenarnya sedang berada dalam diet yang terhad jadi tak semua makanan sesuai dengan tubuhnya.
Jadi, dia menasihati peminat K-Pop lain untuk lebih berhati-hati sebelum mencuba sesuatu diet sebab badan kita tak sama.
Tak salah kalau kita nak diet, namun kena lah dapatkan nasihat doktor dulu ya.
Sumber: Koreaboo
Baca: Timun & 2 Helai Daun Kobis, Ini Diet Ekstrem Artis Korea Yang Malaysian ‘Confirm’ Tak Sanggup Buat