in

“Mak kau hijau?” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Andi Bernadee Ajar BamBam Got7

Page Andi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, trending di media sosial tentang video yang dikongsikan oleh penyanyi tanah air iaitu Andi Bernadee dengan seorang K-Pop idol iaitu BamBam Got7!


Menerusi video reels yang dikongsikan oleh Andi sendiri di akaun Instagramnya, posting itu mendapat lebih dari satu juta views kurang dari 24 jam! Wow, hebatnya kamu!

https://www.instagram.com/p/CYTdC7SJXSq/

Yang membuatkan netizen lebih teruja dan terhibur adalah disebabkan Andi yang selamba saja mengajar BamBam untuk menyebut ayat yang pernah viral di Malaysia satu ketika dulu iaitu ‘Mak Kau Hijau’

“Mak kau hijau? (Sebut dengan muka keliru) – BamBam Got7

Video itu ternyata telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen lagi-lagi K-popers yang sememangnya sangat mengenali BamBam ini. Ada yang tak percaya Andi dapat bersua muka dengan idol itu. Siap ada yang minta sampaikan salam lagi, wah!

Komen

Master in The House Malaysia bermula 15 Januari

Ternyata, pertemuan mereka adalah disebabkan penggambaran bagi program Master in The House Malaysia di Korea Selatan dan BamBam merupakan salah seorang guest bagi program tersebut.

Rupa-rupanya, kejadian itu terjadi secara spontan dan bukannya berniat untuk mengajar BamBam. Namun disebabkan Andi sedang merakam dan berada dekat dengan BamBam, jadi dia terus ikut apa yang disebut oleh Andi.

Screenshot 20220105 001733 Instagram

Program itu akan bersiaran sebanyak 10 episod dan berada di bawah gabungan produksi Primeworks Studios serta SBS Korea bermula pada 15 Januari ini di TV3.

Selain dari Andi, selebriti yang terlibat menjayakan program itu termasuklah Hael Husaini, Sharifah Rose, Meyrasam dan Scha Elinnea.

Wah, tak sabar lah nak tengok! Ni favourite Korean variety show min ni! Hihihi… Mark your date okay?

Baca: “Ah ghisau ghisau” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Artis K-pop Cakap Ayat ‘Famous’ TikTok

Untitled 1 2

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.