in

Panama Dance Haram! Ini 5 Perkara Tentang Tarian Panama Yang Ramai Tak Tahu

Harammm

Disebabkan video Panama Dance mula tular di internet, Mufti Negeri Sembilan baru-baru ni keluarkan kenyataan beritahu tarian ni haram dilakukan sebab babitkan percampuran lelaki dan perempuan. Lagipun, tarian ni tak elok sangatlah dibuat sebab orang perempuan dah mendedahkan aurat mereka kat lelaki bukan mahram.

Disebabkan ramai yang masih terpinga-pinga apa benda Panama Dance sebenarnya, ini dia lima perkara tentang tarian ini yang ramai tak tahu.  

 

1. Lagu Panama sudah dilancarkan sejak 2013 lagi

Tak ramai yang tahu actually lagu Panama ni dah wujud sejak tahun 2013 lagi iaitu lima tahun lalu. Wuish lama tu!  Lagu ni berasal dari Romania dan telah dinyanyikan oleh artis di sana bernama Matteo. Tapi yang peliknya lagu ni tak pernah viral sebelum ni sampailah beberapa bulan yang lalu apabila tarian mengenainya viral di media sosial.

 

2. Panama Dance mula viral dari China

Setelah kami gali dan research dari mana datangnya meme Panama Dance ni, kami dapat tahu bahawa tarian tu dimulakan oleh seseorang berbangsa China yang share videonya di DouYou apps. Sejak dari tu, makin ramai pulak yang share video-video dorang menari tarian yang sama sejak September lalu. Lepas tu tarian ni jadi fenomena dalam kalangan gadis comel di Thailand sebelum meletop kebabom di internet.

https://www.youtube.com/watch?v=DYuZaSStABc

 

3. Matteo terkejut lagunya viral secara tiba-tiba

Sebenarnya Matteo ni tak pernah jangka pun lagu dia akan jadi meletop sampai macam ni. Yelah kan dah lima tahun kot lagu tu kat Youtube, mestilah dia terkejut kalau tetiba je lagu ni femes kat internet. Lepas lagu ni mula mendapat tempat kat hati pendengar, maka berduyun-duyunlah peminat tulis komen kat lagu tu di Youtube. Disebabkan macam-macam bahasa digunakan, Matteo tak faham dan dia cuma balas,

Yaw guys! Saya tak faham apa yang anda tulis kat sini, tapi saya gembira yang anda semua suka lagu saya. Btw #panamadance memang hebat! Saya pun terfikir nak buatnya nanti. We’ll keep in touch! kata Matteo.

Matteo
sumber: instagram

 

4. Jadi lagu rutin senaman atau zumba

Lagu Panama ni boleh dikatakan disukai ramai lah dan rentaknya sangat catchy sampaikan sapa-sapa pun dengar lagu ni mesti rasa nak menari sekali. Kebanyakan peminat lagu ni tak adalah buat tarian pelik-pelik ataupun lucah tapi mereka lebih suka jadikan lagu daripada Matteo ni sebagai lagu latar masa nak buat senaman ataupun zumba dengan kawan-kawan.

Maxresdefault 1
sumber: youtube

 

5. Berjangkit dari orang biasa hinggalah artis terkenal

Tak payah cakaplah pasal demam Panama Dance ni, akibat penangannya ramai yang terikut-ikut nak rakam dan sahut challenge yang diajak kawan-kawan. Antara Panama Dance yang jadi sebutan netizen ialah daripada Sajat dengan Dato’ Aliff, abang JPJ Perlis, pegawai pusat kesihatan, Sari Yanti yang tengah sarat mengandung dan Fasha Sandha.

Apanama Dance
sumber: google

Tapi akibat Panama Dance ni dah diharamkan buat mereka yang beragama Islam, korang tak bolehlah sahut challenge dan berlawan nak buat video lagi. Apa-apa pun eloklah kita dengar kata-kata mufti yang berniat baik dalam memperbetul akhlak anak muda sekarang.

Kalau setakat nak layan kat rumah sendiri-sendiri dengan keluarga tu takpelah. Tapi lebih elok jangan record dan sebarkan. Jaga maruah diri dan keluarga masing-masing. 

Baca: “Tak malu ke kat anak-anak?” – Aliff dan Sajat Teruk Dikecam Kerana Panama Dance

Panama