in

“Tak malu ke kat anak-anak?” – Aliff dan Sajat Teruk Dikecam Kerana Panama Dance

11 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Tak malu ke kat anak-anak?" - Aliff dan Sajat Teruk Dikecam Kerana Panama Dance
Loading
/

Dengar alunan muziknya yang rancak sahaja sudah cukup buat semua anggota badan ikut bergoyang sama. Tidak peliklah ramai di antara kita sekarang yang sedang demam ‘Panama Dance’, malah selebriti-selebriti terkenal turut ikut menari bersama.


Menurut Nona, sebenarnya lagu Panama ini sudah lama dilancarkan iaitu hampir lima tahun yang lalu. Namun yang peliknya, lagu itu baru sekarang popular, bukan saja di Malaysia malah di luar negara. Disebabkan fenomena ini, klip video muzik Panama juga telah mencecah lebih daripada 65 juta tontonan di youtube. Menurut Nona lagi, Panama merupakan sebuah negara di Amerika Tengah yang kaya dengan pemandangan pandai indah serta kepelbagaian hidupan liarnya.

1 4
sumber: instagram

Antara selebriti Malaysia yang turut terlibat sama dalam Panama Dance Challenge ini adalah Sari Yanti, Fasha Sandha dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, baru-baru ini usahawan terkenal, tidak lain dan tidak bukan, Aliff Syukri dan Sajat turut bergabung bersama dalam Panama Dance ini. Woww wowww!

Video berdurasi 58 saat itu telah dikongsikan di laman Instagram milik Aliff Syukri dengan caption,

“Siapakah panama dance pilihan anda?”

Video tersebut telah mendapat tontonan seramai 432 ribu orang dan menerima hampir 3200 komen daripada netizen. Rata-rata netizen tidak tertarik dengan tarian yang telah ‘dipersembahkan’ oleh mereka berdua termasuklah pembantu peribadi Aliff Syukri, Kak Mel.

“Nak je aku doakan almari kat belakang tu jatuh timpa nenek tu dengan Sajat”

“Dato, Sabah mengalami gempa bumi sederhana. Dato kat sini masih berjoget-joget? Lagipun saya nak tanya, yang depan tu nak joget ke, tayang bont*t?”

“Kenapa makcik tu? Telan pil kuda ke?”

“Kesian kalau anak-anak dato dah besar, esok-esok nanti tengok gelagat dato ni rasanya anak sendiri malu dengan dato”

Namun ada juga netizen yang seronok tonton video tersebut.

That makcik looks like pro dancer, thumbs up from me

Made my day!”

Wahh makin ramai selebriti kita yang join Panama Dance Challenge ni eh!

Baca: “Dia tak layak sebab tiada bakat langsung!” – Aliff Syukri Dikritik Pelakon dan Pengarah

0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.