in

“Pakcik taknak susahkan sapa-sapa” – Kisah Meruntun Hati Warga Emas Berjalan Kaki 30 KM Dari Sg Dua Nak Ke Taiping Untuk Cari Kerja

Pakcik Naik Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup ini bagaikan roda. Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang pulak kita berada di bawah. Kalau kita tengah senang, eloklah bantu mereka yang memerlukan. Besar pahalanya membantu orang susah ni.



Baru-baru ni, page Facebook Penang Kini telah berkongsi sebuah kisah meruntun hati daripada seorang gadis bernama Nursyifarina Imani tentang warga emas yang ditemuinya berjalan kaki di atas highway seorang diri. 

Ini apa yang dikongsikannya… Sediakan tisu siap-siap ye. 

 

“Aku nampak dia dari jauh berjalan kaki… Aku pusing balik dan lawan arah sampai ke simpang tol, tunggu pakcik tu sampai kat aku” 

Menurut Imani, dia pada mulanya tengah menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum dia melihat pakcik ini berjalan di tengah panas terik tanpa ada sesiapa pun yang tergerak hati nak tumpangkannya.

Pada mulanya Imani agak was-was nak membantu tapi akhirnya lepas tengok keadaan pakcik ni dia pun tumpangkan sebab kasihan berjalan melihat warga emas seorang diri berjalan tengah panas.

Pakcik 1
sumber: facebook
52412080 2342973775940094 4666199512874745856 N
sumber: facebook

 

“Pakcik keluar sesudah solat subuh sampai sekarang” 

Pakcik 2
sumber: facebook

 

“Elok aku pi kat parking motor dan pandang pakcik tu dah naik bas, aku ternampak pakcik tu menangis” 

Pertemuan bermakna Imani dengan pakcik tersebut telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua-duanya. Imani ternyata sebak melihat kegigihan seorang warga emas sanggup merantau jauh untuk cari kerja dan sanggup pulak berjalan kaki 30 km nak pulang ke rumah semula. 

Paling sedih apabila pakcik tu sendiri menangis lepas dibantu Imani. Mesti dia tak sangka masih ada juga orang berhati mulia macam ni.

Pakcik 3

52989917 2342973805940091 5733837028705959936 N

52958248 2342973835940088 4669482160674045952 N
sumber: facebook

 

“Mungkin dalam hayat pakcik tu pernah permudahkan urusan orang lain. Allah kirim kau permudahkan urusan dia pulak”

Rata-rata netizen yang membaca posting ini ternyata sangat bersimpati dengan nasib pakcik tersebut dan bersyukur ada orang sebaik Imani ni membantu warga emas tu.

Baik Hati
sumber: facebook

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan. 

Baca: Keluar Masuk Butik Sejak 2017 Untuk ‘Ushar’ Baju Nak Hadiahkan Isteri, Kegigihan Pakcik OKU Ini Undang Rasa Sebak

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.