in

“Pakai kopiah nak cover nafsu binatang!” – Pedofil Warga Emas Upah Aiskrim Cabul Anak Jiran

Pedofil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang dewasa sepatutnya menjaga anak kecil yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa, bukannya mengambil kesempatan atas pengetahuan terhad mereka. Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang tergamak melakukan perbuatan keji terhadap anak jirannya sendiri.


Menurut Harian Metro, seorang lelaki warga emas di Georgetown telah mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak jirannya sendiri sejak setahun lalu. Perbuatan menjengkelkan lelaki tersebut terbongkar apabila mangsa akhirnya menceritakan kejadian yang menimpanya kepada ahli keluarga.

Q1 1
sumber: harian metro

Berikutan pengalaman yang dikongsikan, ahli keluarga mangsa segera menghubungi Talian Nur untuk membuat aduan mengenai perbuatan terkutuk jiran mereka. Kejadian itu didakwa telah beberapa kali dilakukan oleh lelaki pedofil berkenaan sejak tahun lalu, namun baru kelmarin anak kecil tersebut bersuara.

“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek beberapa kali sejak tahun lalu terhadap mangsa di kawasan rumah mereka di Ayer Itam,” kata seorang sumber.

Q3 2
sumber: harian metro

Bagi menutup perbuatan keji yang dilakukannya, lelaki berusia 61 tahun itu dikatakan memberi habuan aiskrim dan wang kepada kanak-kanak tersebut agar merahsiakan perkara jijik yang dilakukan. Mangsa juga akui bahawa jirannya seringkali memberi ‘upah’ sebegitu setiap kali mencabulnya.

“Mangsa memberitahu suspek memasukkan jari dalam kemaluannya selain turut meraba seluruh anggota badan dan juga pelbagai aksi tidak senonoh lain.”

Sejurus menerima aduan tentang insiden menjijikkan itu, sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bergegas ke rumah mangsa untuk bertemu dengan bapa kanak-kanak tersebut yang kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anaknya.

Q4
sumber: harian metro

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak malang tersebut dan mengecam warga emas itu dengan mengatakan bahawa dia tidak layak memakai kopiah atas perbuatan keji yang dilakukannya.

W3
sumber: facebook
W2
sumber: facebook
W1
sumber: facebook
W4
sumber: facebook

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa namun doktor belum dapat memastikan punca koyakan tersebut. Warga emas itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jangan terpedaya dengan luaran seseorang! Kita MESTI berhati-hati walaupun dengan sesiapa sekalipun kita berurusan. 

Baca: Warga Emas Hadiahkan Telefon Bimbit dan Wang Kepada Budak 9 Tahun Untuk Tutup Perbuatan Cabul

Qq1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.