in

“Padang jarak padang tekukur”-[VIDEO] Angkara Coronavirus, Wuhan Bertukar Jadi Kota ‘Hantu’

Featured 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang semua kecoh angkara virus korona yang sehingga kini menjangkiti lebih 600 orang dan mengakibatkan 17 kematian di China, kini ada berita lain pula muncul dari Wuhan, China.


Wuhan KOSONG! 11.8 juta penduduk dilarang keluar

Difahamkan Datuk Bandarnya, Zhou Xianwang mendesak kira-kira 11.8 juta penduduk untuk tidak meninggalkan ibu kota wilayah Hubei bagi menyekat penyebaran coronavirus.

Malah beliau juga meminta pelawat untuk tidak berkunjung ke wilayah itu buat masa ini.

Sekiranya tiada keperluan, kami mencadangkan agar orang ramai tidak datang ke Wuhan”

Bukan itu sahaja, beberapa video di laman twitter juga menunjukkan bandar tersebut ‘kosong’ tanpa kelibat orang awam mahupun pengangkutan jalan raya.

Penularan wabak coronavirus di wilayah itu semakin membimbangkan selepas ia menunjukkan trend peningkatan dari semasa ke semasa.

Malah sebelum ‘kosong’nya bandar itu, orang ramai dilihat berpusu-pusu ke pasaraya bagi membeli barangan keperluan sepanjang tempoh kuarantin.

Dilaporkan bekalan makanan, perubatan dan komoditi lain mencukupi cuma masyarakat bimbang dengan situasi terkini.

 

Baca : 500 dijangkiti, 17 kematian- Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China

Featured 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.