“500 dijangkiti, 17 kematian”- Misteri Terjawab! Ular Didakwa Punca Coronavirus Di China

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mesti ramai tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di Wuhan, China sehingga kini telah menyebabkan 17 angka kematian dicatatkan.

Dalam perkembangan terbaru, dilaporkan ular dipercayai sebagai sumber asal kepada virus korona seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang sedang merebak di China,lapor Sinar Harian.

Dikhabarkan spesis banded krait (bungarus multicinctus) iaitu ular elapid paling berbisa yang kebiasaannya ditemui di bahagian tengah dan selatan China serta Asia Tenggara.

Sumber: Public Health Malaysia

Manakala memetik Public Health Malaysia, haiwan berbisa tersebut merupakan salah satu ‘bahan jualan’ di Huanan Seafood Wholesale Market di Wuhan.

Lokasi itu merupakan tempat pertama dikesan virus korona dan disifatkan sebagai ‘pusat lambakan’ haiwan eksotik, dari anak serigala hinggalah musang turut dijual di pasar basah tersebut.

Sumber: Public Health Malaysia
Sumber: Public Health Malaysia

Hipotesis yang mendakwa virus 2019-nCoV disebarkan daripada haiwan di pasar tersebut juga disokong menerusi laporan dalam Journal of Medical Virology.

Kajian yang dilakukan ke atas kod genetik virus itu didapati mempunyai persamaan dengan sampel virus korona seperti SARS.

Dalam kes ini, kumpulan pertama yang dimasukkan ke hospital merupakan pekerja dan pelanggan di Huanan Seafood Wholesale Market, lokasi menjual pelbagai haiwan eksotik.

Sumber: foreign policy

Sebelum ini dilaporkan virus SARS dan MERS diklasifikasikan sebagai virus zoonatik iaitu kumpulan pesakit pertama yang dijangkiti terus dari haiwan.

Virus tersebut dikatakan boleh mengalami siri mutasi genetik, membolehkan ia disebarkan antara manusia.

 

Baca : Wabak tiada unsur SARS, MERS, selsema burung- China NAFI Dilanda SARS, Malaysia Berjaga-jaga!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.