in

Anthony Loke Sekali Lagi ‘Undercover’, Kali Ini Pantau Perkhidmatan Komuter Pula

Anthony Loke Undercover Ktm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada awal Disember lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah membuat kejutan dengan meninjau dan menggunakan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pada waktu puncak secara ‘undercover’.


Kali ini, Loke nampaknya melakukan satu lagi penyamaran untuk meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Loke dilihat memakai topi dan kemeja bunga berwarna hitam serta telah menaiki KTM Komuter dari KL Sentral ke stesen Bandar Tasik Selatan dengan ditemani dua pembantu petang semalam.

Petang ini, saya meninjau perkhidmatan KTM Komuter dan keadaan di Terminal Bersepadu Selatan. Saya mengambil tren…

Posted by Anthony Loke Siew Fook on Thursday, December 15, 2022

Bakal adakan pertemuan dengan pihak KTMB 

Loke dalam kenyataannya berkata, dia telah menerima banyak maklum balas berkaitan perkhidmatan Komuter dan masalah berkaitan Pas Masuk Bas di TBS.

Oleh itu, dia akan berjumpa dengan pihak KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan cara untuk menambah baik perkhidmatan tersebut.

Fka Kkfviaa0Cni

Fka Kkgvuaaucno

Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan KTMB dalam masa terdekat untuk membincangkan cara untuk menambahbaik dan menambah kekerapan perkhidmatan Komuter.

“Saya faham bahawa KTMB menghadapi pelbagai kekangan operasi yang disebabkan oleh projek menaiktaraf landasan KVDT1 yang masih belum siap dan KVDT2 yang tergendala.

“Saya juga akan berjumpa dengan pihak pengurusan TBS untuk membincangkan kesiapsiagaan untuk menguruskan jumlah penumpang yang ramai pada hujung minggu dan musim perayaan,” kata Loke.

Inisiatif yang dilakukan Loke ternyata mendapat pujian daripada netizen yang mana rata-rata berharap masalah pengangkutan awam ini berjaya diselesaikan dengan baik.

Good job Anthony Loke! 

Baca: “Padu teruk YB Anthony Loke ni” – Selepas KLCC, Eskalator Di Beberapa Stesen MRT Dibaik Pulih

Ft Anthony Loke Stesen Mrt

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.