Dalam banyak-banyak perkara, benda yang paling susah rakyat Malaysia nak buat ialah menjaga kebersihan di tempat awam. Letaklah denda sejuta ringgit sekalipun, masih ada juga yang buang sampah merata-rata tempat.
Tapi satu video yang viral di Twitter baru-baru ni telah menarik perhatian netizen apabila seorang budak lelaki ni dilihat sangat rajin dan sanggup mengutip sampah depan orang ramai di pusat beli belah Pavilion. Wow one in a million ni!
“Where are the manners yall?”
Menerusi video itu, remaja tersebut yang dilihat sedang duduk di tetangga pusat beli belah ni tiba-tiba bangun bila dia tak tahan melihat begitu banyak sampah yang ada di sekelilingnya.
Tanpa mengendahkan pandangan orang ramai, remaja ni selamba je kutip sampah sarap yang ada kat situ dan buang ia ke dalam tong sampah di dalam kompleks Pavilion.
https://twitter.com/itsjustniel/status/1155085165305028608?s=19
“Terima kasih bro sebab sedikit sebanyak ingatkan kami apa patut buat”
Tindakan spontan lelaki itu mendapat puijan daripada netizen yang terharu dengan apa yang dilakukannya. Apa-apapun biasalah, dalam banyak pujian ada juga yang mengeji dan berpendapat perkara macam ni tak patut diviralkan atau menunjuk-nunjuk.
Bagi min, kalau benda yang baik apa salahnya kan?
“Bukan sengaja nak viral, aku benci tengok sampah merata tempat lagi-lagi kat tempat yang sepatutnya bersih!”
Macam manapun, empunya diri dah beri respon mengatakan dia sebenarnya tak sangka pun video ini akan viral. Ia cuma tindakan spontannya yang tak suka tengok sampah merata tempat, tambahan pulak kat tempat yang dikunjungi pelancong macam tu kan?
https://twitter.com/iqmal_kiefli/status/1155147515529846790
Marilah kita jadikan sikap budak lelaki ni sebagai teladan yang baik dan jangan malas buang sampah di tong sampah ye!
Baca: Warga Emas Tolong Lelaki Tak Cukup Duit Dengan Cara ‘Halus’ Ni Jadi Inspirasi