in

“Ni bior teman nganjing kan komer pulok” – Isu Panas Pelakon Tak Vaksin Dapat ‘Job’, Jinggo Minta Finas Tangkap Produser

Jinggo Minta Finas Tangkap Produser Degil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ini, dalam kalangan orang seni sedang hangat isu pelakon tak divaksin diambil dan ditawarkan berlakon menyebabkan ramai pelakon dan produser lain ‘panas’.


Penerbit dan pengarah, Jinggo antara yang turut berasa marah dengan tindakan rumah produksi dan produser yang masih berdegil dan mengambil pelakon tanpa vaksin secara diam-diam. Bukan itu saja, pemilik JS Pictures itu juga berkata dia berharap agar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dapat mengambil tindakan tegas .

Jinggo Dan Sheila

Melalui Instagram, Jinggo telah meluahkan kemarahannya terhadap sikap sesetengah penerbit yang sanggup langgar SOP untuk sambung penggambaran namun tidak memikirkan risiko yang boleh beri kesan kepada syarikat produksi yang lain.

Jangan pasei korang (syarikat produksi lain), kita orang lak tak boleh shooting!!!”

FINAS tolong tangkap production yang tak ikut SOP, sebelum kemudahan industri kita ditarik balik. Boleh korang nganjing ye, tak payah ambil vaksin pun ada je production panggil.”

Kalau lepas tak apa, kalau tak lepas bukan korang je sangkut. Kita orang pun sangkut. JS Pictures sudah nak kembali menjalani penggambaran tahu tak!”

Ig Post Jinggo

Menerusi posting itu juga, Jinggo berkata dia bukanlah mahu mempertikaikan pilihan pelakon yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 kerana ia terpulang kepada individu. Namun, teguran itu diluahkan kepada rakan seperjuangan, rakan produser dalam industri terutamanya penerbit yang tidak patuh garis panduan kerajaan.

Untuk artis yang tak amek vaksin, boleh shooting dengan production tu Tok Sidang tak kisah sebab pengambilan vaksin tidak diwajibkan. Itu hak kome.”

Tapi untuk production yang amik deme, kome ajernye bajang!! Pasai kome tak follow SOP, keme pulak yang akan sangkut nanti!!”

Baca: “Sebab Allah dah tulis mcm tu” – Rita Tak Kisah Tak Ada ‘Job’ Disebabkan Tak Vaksin, Percaya Pada Rezeki

Ft Rita Tak Kisah Tak Ada Job Tak Vaksin

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.