in

12 Tahun Rasa Selamat Duduk Dalam Kawasan ‘Gated & Guarded’, Sheila Rusly Terkejut Jiran Depan Rumah Rupanya Perompak

Sheila Rusly Rumah Perompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lokasi kediaman yang strategik dan mempunyai ciri keselamatan yang tinggi antara salah satu sebab pembeli memilih sesuatu kawasan perumahan itu.

Bagaimanapun, tidak semestinya sesuatu perkara yang kita rasa selamat itu akan terjamin selamanya.


Seperti yang berlaku baru-baru ini, pelakon dan penerbit Sheila Rusly berkongsi pengalaman mengejutkan yang terjadi di kawasan kediamannya.

Sheila menerusi satu hantaran di Threads mengatakan bahawa dia tidak menyangka kawasan perumahan yang berpagar dan berkawal rupa-rupanya turut dihuni individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah.

Artikel berkaitan: “Mak mentua saya faham” – Dikecam Berpakaian Seksi & Tak Sensitif Isu Palestin, Elisya Sandha Buka Mulut

Artikel berkaitan: “Aku nak tidur, takkan nak jumping jack” – Wanita Pelik Diserang Jiran Tingkat Bawah, Dituduh Memekak Tengah Malam

Apa yang lebih mengejutkan, pelaku yang dipercayai perompak merupakan jiran yang menyewa di hadapan rumahnya sendiri.

“12 tahun duduk gated & guarded residential baru tahu depan rumah yang kawasan kau rasa paling selamat rupanya perompak sewa… takutkan?” kongsinya.

 

View on Threads

 

Difahamkan kejadian itu berlaku malam tadi dan dimaklumkan suspek sudah pun ditangkap oleh pihak berkuasa.

 

Bagaimanapun, Sheila yang popular dengan program Ketuk-Ketuk Ramadan meluahkan rasa takut dan tidak selamat dengan keselamatan keluarganya dan dirinya susulan kejadian itu.

Screenshot 2026 04 17 115051

Perkongsian Sheila telah meraih perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan situasi begini.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.