in

“Sebab Allah dah tulis mcm tu” – Rita Tak Kisah Tak Ada ‘Job’ Disebabkan Tak Vaksin, Percaya Pada Rezeki

Ft Rita Tak Kisah Tak Ada Job Tak Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sedia maklum bahawa kerajaan bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 bagi industri kreatif, berkuatkuasa hari ini. Kelonggaran kini diberikan kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah terima dos lengkap vaksin Covid-19 tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN.


Pelakon Rita Rudaini bagaimanapun berkata dia tidak kisah jika tidak ditawarkan atau ditolak berlakon kerana tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19. Namun, Rita mendakwa ada pula pihak yang memfiitnah dan berkata dia sedang menjalani penggambaran ketika ini.

Image From Ios

Melalui Instagram, Rita telah mendedahkan bahawa ada rakan artis yang menabur fitnah tersebut sedangkan dia berada di rumah dan menjalani aktiviti harian seperti biasa bersama anak-anaknya.

Ada rakan industri fitnah sisturr.. Cakap sisturr tengah shooting.. Sisturr tak ada vaksin… Kecoh ni dok menjaja.”

Takyah nak berebut wahai teman.. Sisturr ni kat umah je, tak pi mana pun. Dok main tanah, masak, kemas umah.”

Dalam pada itu, ibu tunggal anak dua itu turut berkata dia tidak kisah jika ditolak berlakon sekali pun hanya kerana tidak mengambil vaksin. Sebaliknya, dia terima dengan hati yang terbuka dan percaya pada rezeki yang sudah ditetapkan.

Sisturr percaya dengan rezeki yang Tuhan dah tetapkan. 100 episod nama sisturr digugurkan pun sisturr ok. Sebab bagi sisturr Allah dah tulis macam tu.”

So percayalah.. Apa yang dengki sangat dengan sisturr.”

Rita Rudaini Dan Anak

Image From Ios 1

Sebelum ini, Rita pernah mendapat perhatian netizen berkenaan hal serta keterbukaan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan rakyat. Namanya menjadi bualan dan isu itu menjadi topik hangat warganet di media sosial.

Kerajaan dah beri kelonggaran, diharapkan produser dan penggiat seni berlaku adil serta jujur dalam hal sebegini kerana ia membabitnya keselamatan dan nyawa orang lain.

Baca: “Ada cable besar ke?” – Bangga Boleh Shooting Walaupun Tak Vaksin, Fauziah Nawi Tegur Sikap Pelakon

Pelakon Berlakon Tanpa Divaksin Fauziah Nawi

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.