in

“Nama anak saya ada dalam senarai itu di nombor 10” – Bapa Mangsa T*kam Sekolah Di Banting

Syaz Ft 2026 07 07T133254.011

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada pelajar perempuan berusia 15 tahun yang cedera ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor semalam tampil menepis spekulasi liar netizen yang mengaitkan insiden tragis itu dengan perbuatan buli.

Mohd Firuz Ibrahim, 43, menegaskan bahawa anak perempuannya itu bukanlah seorang pembuli seperti yang didakwa di media sosial, sebaliknya menyifatkan mangsa sebagai seorang anak yang pendiam.


Artikel berkaitan: “Anak guam saya adalah autistik” –  Peguam Kes T*kam Di Sekolah Banting

Artikel berkaitan: Remaja Dipercayai Alami Lebih 10 T*kaman, Berikut Kronologi Kes T*kam Di Sekolah Banting

Cats 8

“Jika ada dakwaan mengatakan dia membuli, saya rasa perkara itu tidak mungkin berlaku. Namun, saya terbuka sekiranya pihak polis mahu menyiasat elemen buli,” katanya menerusi laporan Sinar Harian.

Menurut Mohd Firuz, anaknya jarang keluar rumah tanpa ditemani keluarga dan tidak pernah keluar bersendirian bersama rakan-rakan. Beliau juga memaklumkan bahawa mereka sekeluarga tidak mengenali keluarga suspek, namun terbuka untuk mengadakan pertemuan jika dicadangkan.

Dalam pada itu, kejadian pada jam 9.30 pagi Isnin itu menjadi lebih mengejutkan apabila tular satu nota di media sosial yang didakwa mengandungi senarai nama individu yang menjadi sasaran suspek.

Mohd Firuz mengesahkan beliau ada menerima mesej WhatsApp mengenai foto dokumen tersebut dan mendapati nama anaknya berada di kedudukan nombor 10.

“Nampaknya nama anak saya ada dalam senarai itu di nombor 10 tetapi kami tidak dapat memastikan kesahihannya. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan,” jelasnya yang tidak pasti sama ada dokumen itu tulen atau direka-reka.

Dalam kejadian semalam, mangsa dikejarkan ke Hospital Banting selepas mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan akibat ditikam oleh suspek yang juga rakan sekelasnya tahun lalu.

1 1

Pihak polis mengesahkan suspek remaja berusia 15 tahun yang memakai kemeja-T hitam ketika kejadian dipercayai menceroboh masuk ke kawasan sekolah melalui pintu utama sebelum melakukan serangan. Difahamkan juga, suspek sebenarnya sudah tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana sedang menjalani rawatan kesihatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, suspek telah ditahan sejurus selepas kejadian dan kini direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan. Kes tragis ini sedang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber: Sinar Harian, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.