in

“Saya dimarahi kerana rakam video” – Individu Buat Laporan Polis, Dakwa Terima Suntikan Vaksin ‘Kosong’

Simon Ng Vaccine Underdose Screenshots

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang individu telah membuat laporan polis mendakwa dia telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’.


Menurut Utusan, laporan polis yang telah dimuat naik dan tular di media sosial itu mengatakan yang lelaki tersebut telah pergi ke Hospital Banting, Kuala Langat untuk mendapatkan suntikan,

Individu ini telah mendapat suntikan pada jam 11.30 pagi dan turut membuat rakaman video sepanjang proses berkenaan dijalankan.

Namun selepas proses tersebut selesai, lelaki ini menonton semula video yang dirakamkan dan mendapati pihak yang bertugas tak menekan jarum suntikan tersebut.

Kosong 600X361 1

Saya melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mengetahui bahawa suntikan itu adalah kosong iaitu hanya suntikan kosong yang tidak mempunyai apa-apa vaksin.”

Bagi mendapatkan kepastian, individu ini telah pergi kepada pihak yang terlibat dan menunjukkan rakaman video tersebut namun pihak itu mendakwa suntikan vaksin telah pun diberikan.

Tak berpuas hati, lelaki ini telah mendapatkan pandangan kedua dari rakannya yang bertugas sebagai seorang doktor.

Saya kembali semua kepada pihak berkenaan dan memberitahu bahawa suntikan yang diberikan adalah kosong.

Selepas mereka memarahi saya kerana merakam video, mereka berikan saya suntikan sekali lagi dan meminta saya memadam video berkenaan sebelum menerima vaksin.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata pihaknya telah pun menerima laporan mengenai insiden tersebut dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

 

Baca: “Sebab ada dakwaan dapat dos kurang” – Penerima Vaksin Kini Ditunjukkan Jarum Sebelum & Selepas Suntikan

Screenshot 2021 07 07 At 2.17.38 Pm

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.