in

“Nak Malaysia macam ni gak!” – Pengarah Indonesia Bakal Perkenal Filem Adiwira ‘Gundala’, Netizen Malaysia Jeles Sebab…

Gundala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan negara jiran kita, Indonesia memang tak pernah kalah dalam melahirkan filem-filem menarik hingga mendapat kutipan box office di sini seperti filem Pengabdi Setan dan terbaru Makmum yang kini hangat ditayangkan di pawagam.


Kali ini, pengarah Indonesia buat kejutan lagi apabila muncul dengan filem adiwira bertajuk Gundala. Wow! Tengok trailer pun dah naik bulu roma min ni haa!

 

Terinspirasi dari MCU, bakal perkenal filem adiwira lain termasuk lakonan Bront Palarae 

Filem yang merupakan hasil kerjasama dengan Bumi Langit Studios ini katanya bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini dengan peneraju utamanya iaitu Abimana Aryasatya.

Ecpx5Cqu8Aa8Ihw
sumber: twitter

Bagi korang yang mengikuti Marvel Cinematic Universe (MCU), Bumi Langit Studios ni katanya akan hasilkan filem-filem adiwira lain juga lepas Gundala. Antara nama-nama besar yang bakal terlibat ialah seperti Nicholas Saputra, Dian Sastro, Joe Taslim, Ario Bayu dan pelakon Malaysia, Bront Palarae!

Wahhh terduduk min dengar satu-satu nama pelakon. Bukan calang-calang ni! 

Berikut watak-watak yang digembar-gemburkan oleh pengarah Joko Anwar melalui tweetnya baru-baru ni. 

Ecpd6Taueaa5Dei

Ecpeiayuiaad51P

Ecpfvvhvuaic1Q

Ecpi91Hucaehdtb

Ecpjpphueaaqx21

Ecpk4Siuyaaa0Be

Ecpki7Nvaaah1Tp

Ecpkq7Hucaami7Q
sumber: twitter

 

“Bila Indonesia boleh cipta hero universe, Malaysia ni harap Badang je hahaha” 

Ternyata poster-poster dan trailer dari filem Gundala ini berjaya menarik perhatian netizen dari Malaysia yang mengakui kehebatan pengarah Joko Anwar dalam membawa kelainan ke dunia perfileman Indonesia.

Dalam memuji, ada juga komen-komen berbau cemburu daripada netizen Malaysia yang berharap satu masa nanti kita juga bakal kedepan dalam menghasilkan filem bergenre ini. Hmmm… harap takdelah yang tangkap muat macam Badang. Cicakman okay lagi. 

Hero
sumber: facebook
Apa-apapun admin kali ini salute dengan pencapaian dunia perfileman Indonesia yang kian berkembang dengan idea-idea baru. Tak dilupakan juga, filem animasi dari Malaysia pun boleh tahan hebat.

So apa kata kita raikan kejayaan dari kedua-dua buah negara dan bukannya saling mencemburui satu sama lain? Kan bagus dan lebih hebat! 

Baca: “Sapa suruh tengok cerita seram” – Lelaki Ini Kena Kacau Masa Solat Lepas Tengok Filem Makmum, Rupa-rupanya…

Makmum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.