in

“Nak jalan pun tak berapa betul, takkan nak suruh bertanding lagi” – Tun M Tak Akan Bertanding Pada PRU15

tun m

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri kita awal pagi tadi, suhu politik negara ini nampaknya makin panas dan tak surut-surut dengan perbalahan sana sini.

Walau bagaimanapun, satu figura yang sering menjadi tumpuan ramai hari ini membuat kenyataan rasmi yang mengejutkan ramai. Menurut Utusan Online, Tun Dr Mahathir hari ini secara terbuka mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 


Ergp9doVQAIn 1

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga berkata, faktor usia yang sudah semakin lanjut dan bakal memasuki usia 96 tahun pada 10 Julai ini menjadi alasan kepada pengunduran itu.

Bertanding lagi? Tak payahlah, saya sudah umur 95 tahun, nak berjalan pun tak berapa betul, takkkan nak suruh saya kena bertanding lagi, cukuplah,” katanya ringkas sambil tertawa.

Perkara ini diumumkan Tun M dalam sidang akhbar ketika ditanya kemungkinan bersedia untuk bertanding pada PRU15 kelak.

Dalam pada itu, bekas PM itu juga berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan PRU15 memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan COVID-19.

Semoga Tun M sihat-sihat selalu walaupun dah tak bertanding PRU dah. 

Baca: “Kita minta diadakan PRU15 lepas Covid-19 berada pada tahap rendah” – Naib Presiden UMNO

POLITIK

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.