in

“Kita minta diadakan PRU15 lepas Covid-19 berada pada tahap rendah” – Naib Presiden UMNO

Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan bahawa UMNO tidak memaksa atau memberi tekanan kepada kerajaan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan waktu ini.


Kata bekas Menteri Besar Kedah itu, UMNO begitu rasional dan hanya mahukan PRU15 selepas angka Covid-19 rendah dan terkawal serta banjir juga selesai.

 

Bukan kerana politik

936675

Sebelum ini,  Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ada bermesyuarat pada Rabu lepas, mereka ada menggesa PRU15 diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan Covid-19.

Penjelasan itu dijelaskan semula oleh Datuk Seri Mahdzir bahawa ia akan dijalankan selepas statistik Covid-10 berada pada tahap rendah.

“Biarlah kita bercakap secara rasional, bukan bercakap kerana politik. Pada saya dalam keadaan sekarang ini di mana Covid-19 berada pada tahap kritikal, tidak sesuai. Kita minta diadakan PRU15 lepas (statistik) Covid-19 berada pada tahap rendah, itu maksudnya.”

“Kita tidak menekan untuk mengadakan PRU15 pada waktu ini dengan banjir yang sedang melanda di Johor dan Pahang selain juga di Terengganu dan Kelantan.” 

Ini kerana ada beberapa pihak yang membantah dengan gesaan tersebut, lapor Sinar Harian. Antaranya Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang berpendapat, PRU15 akan mencetuskan gelombang keempat Covid-19 dan dibimbangi situasi akan menjadi tidak terkawal.

 

Baca : “Saya rasa memarut kelapa tadi tu dia tak perasan” – Ahmad Maslan Perjelas Orang ‘Educated’ Lagi Faham PRU-15 Patut Dijalankan

Maslan5 1

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.