in

“Buat tak tahu Lepih nak tenggelam” – Dituduh ‘Abai’ Kampung Kelahiran Yang Kini Banjir Teruk, Ini Jawapan Padu Tokti…

Geram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum ramai kini mengetahui situasi banjir buruk yang sedang berlaku di beberapa negeri di Malaysia termasuklah negeri Pahang yang mana kebanyakan kawasan tenggelam hingga ke paras bumbung rumah. Kesian sangat min tengok! 


Antara kawasan di Pahang yang teruk dilanda banjir ialah Kuala Lipis iaitu kampung kelahiran penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Di Kuala Lipis juga, ibu Tokti, Siti Salmah masih tinggal di sana.

Ibu Siti Nurhaliza

Sesiapa pun secara logiknya pasti bimbang akan keadaan kampung halaman mereka, termasuklah Tokti sendiri yang meluahkan rasa sedihnya melihat beberapa kawasan di Lipis ditenggelami air.

Beliau telah meluahkannya di Instagram dan berdoa semoga keadaan penduduk di sana termasuk ibunya dalam keadaan baik-baik saja.

 

“Aku geram je dengan Siti Nurhaliza buat tak tahu Lepih nak tenggelam” 

Meskipun sudah menunjukkan rasa simpatinya terhadap penduduk di Lipis, masih ada juga segelintir netizen memandang serong seolah-olah Tokti ‘buat tak tahu’ dan tidak melakukan apa-apa terhadap kampung halamannya.

Pokimaks

Tweet tersebut mendapat perhatian netizen yang kemudian memperjelaskan bahawa keadaan Tokti yang kini pregnant membuatkan beliau sedikit terbatas. Malah tak baik menuduh yang bukan-bukan kerana kita pun tak tahu sama ada Tokti sudah menyampaikan bantuan atau tidak.

Banjir

Aok

 

“Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi…” 

Apa-apapun hari ini, Tokti telah memuat naik posting di Instagram sekali lagi menjelaskan situasinya yang terbatas untuk ke Kuala Lipis sendiri menghulurkan bantuan ke kampung halaman.

Menerusi posting itu, Tokti menjelaskan yang dia telah menghantar bekalan makanan dari Kuala Lumpur ke Pahang melalui team yang diarahkan untuk membantu penduduk di sana yang terjejas dengan banjir. Alhamdulillah… 

Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa?

“Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Semoga rakyat Pahang tabah menghadapi dugaan ini. Terima kasih Tokti kerana menghulurkan bantuan buat mereka semua. 

Baca: “Cool gila weh, tukar baju 11 saat” – Netizen Terpukau Tengok ‘Behind The Scene’ Video Muzik Lagu Baru TokTi

Tiii

Sumber: Blog
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.