in

“Nak gaduh, jangan la kacau org nak makan” – [Video] Lelaki Mengamuk Di Restoran Sampai Kacau Pelanggan Lain Makan?

Gaduh4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sikap manusia ni memang macam-macam ragam, lebih-lebih lagi apabila tengah makan di restoran, ada yang baik dan tak kurangnya juga berperangai negatif.



Marah pelayan, buat kecoh itu boleh dikatakan perkara biasa, macam yang berlaku dalam satu video yang tengah viral ni, ada seorang lelaki dikatakan bergaduh di sebuah kedai makan, namun apa yang kecoh sehingga membuatkan netizen marah adalah ia sampai mengganggu pelanggan lain.

 

Kau nak gaduh, gaduh la. Jangan la kacau org nak makan. Nasib tak kena hempuk dgn kerusi kayu. Si*l.” – Netizen

Dalam 2 rakaman, video pertama yang berdurasi 2 minit 6 saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang memarahi dan menengking orang sambil dihalang oleh seorang wanita.

Namun begitu, di penghujung video dia punya marah sampai cuba nak angkat meja orang lain yang pada waktu itu tengah makan, jika diperhatikan ia seperti tertumpah.

Gaduh2

Gaduh3

Wanita yang berada di meja tersebut bengang dan terus bangun untuk lempar kerusi kayu, namun nasib baik berjaya dipujuk. Boleh tengok video kat bawah ni.

Dalam video kedua pula, difahamkan polis datang untuk cuba redakan keadaan.

Video ini telah meraih 2.7K jumlah retweet sepanjang 15 jam ia dimuat naik di Twitter. Biarpun kurang pasti punca dan lokasi kejadian, rata-rata netizen turut marah dengan sikap lelaki tersebut dan ada yang salute dengan tindakan savage wanita tersebut.

Tapi ada yang kata kejadian ini berlaku di Singapura….

Meal Meal2 Meal4 Meal5 Meal6

Haaihh, orang tengah lapar, elok-elok nak makan, tiba-tiba kena macam tu, mood siapa je yang tak spoil kan?

 

Baca : “Apa kes?” – Viral Video Gaduh Di Kedai Mamak, Netizen Dakwa Hanya Sebab ‘Murtabak Ayam’?

Murtaaba

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.