in

“Nak beribadah tak perlu badan sado” – Ramai Kagum Atuk Umur 89 Tahun Masih Gagah Solat Terawih 20 Rakaat!

Solat Terawih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramadan bulan yang barakah. Bersempena bulan mulia ini, ramai yang mahu meluangkan masa untuk mengerjakan ibadah extra bagi menambahkan pahala dalam hidup.


Selain berpuasa, kebanyakan dari kita juga gigih dalam mengerjakan solat sunat terawih. Kalau ada banyak masa dan tenaga, mungkin korang akan pilih untuk buat 20 rakaat. Tapi ada juga yang buat 8 rakaat je mengikut keselesaan diri.

 

“Walaupun alami gejala Osteoporosis (bongkok), atuk ini masih mampu berdiri solat tarawih 20 rakaat” 

Apa-apapun admin kagum dengan kesungguhan seorang atuk ini yang bersungguh lakukan ibadah solat sunat terawih walaupun fizikal badannya sudah pun bongkok.

Menerusi perkongsian Muhammad Hassan di Facebook, dia kagum melihat lelaki tua yang berusia 89 tahun ini masih kuat beribadah di bulan Ramadan.

“Umur 89 tahun. Walaupun mengalami gejala Osteoporosis (bongkok) Tapi atuk ini masih mampu berdiri solat tarawih 20rakaat tanpa apa apa sokongan.

“Paling saya kagum beliau baca Al Quran tanpa guna cermin mata,tapi yang peliknya nak baca surat khabar kena pakai cermin mata pula. Nyanyuk tu jauh sekali,semua perkara beliau masih ingat,terutama hukum hukum dalam bacaan Al Quran. Hebat sungguh Kalam الله ini.

“Rupanya untuk beribadah ini tidak perlu badan sado atau muda. Iman adalah penentu aras untuk kita mengabdikan diri kepada الله. Saya yakin makin kita sibuk dengan Al Quran, makin banyak Allah buka jalan jalan kebaikan.”

59484366 666798123754759 1685813481594421248 N
sumber: facebook

 

“Atuk ini sebenarnya berkali-kali masuk wad. Pernah saya ziarah beliau makan pun melalui tiub” 

Selain daripada tu, Muhammad Hassan juga mengakui dia pernah melawat atuk ini yang jatuh sakit tak lama dulu. Atuk ni pernah sakit teruk sampai kena makan melalui tiub. Tapi semangatnya dalam beribadah memang tak pernah pudar langsung.

Atuk 1
sumber: facebook

 

“MasyaAllah, Allahu Akhbar hebatnya peribadi orang-orang yang jadi pencinta kalam Allah SWT” 

Ternyata orang yang ada peribadi seperti atuk ini jarang ditemui tapi golongan seperti mereka masih ada. Seronok min baca komen-komen netizen kat bawah yang pernah bertemu dengan orang baik macam ni.

Allahuakhbar
sumber: facebook

Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadah. Tak kiralah team 8 rakaat ke, team 20 rakaat… asalkan kita ikhlas dalam beribadah. 

Baca: “BEGINILAH GAZA MENYAMBUT RAMADAN!” – Gaza Saksikan Bedilan Roket, Darah Dan Airmata Sebagai Pembuka Bulan Mulia.

Ramadan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.