in

Mungkin Kerajaan Dibawah Naungan Agong Jika Darurat Politik Dilaksana

553

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, jika berlaku darurat politik di nagara ini, kuasa akan diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan.


Menerusi Harian Metro, baginda bakal mendapatkan nasihat daripada Perdana Menteri sama ada Kabinet sedia ada dikekalkan, ditukar atau pelantikan baharu dan keputusan berada di tangan Seri Paduka.

 

Ada kemungkinan boleh berlaku

Tambahnya lagi, perkara ini boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan kerajaan mungkin meramalkan kesukaran untuk dapatkan kelulusan belanjawan yang dibentangkan di parlimen pada 6 November ini.

“Ia akan beri kesan kepada kestabilan kerajaan kerana kerajaan dikatakan ada 113 undi. Kalau ada dua atau tiga orang ahli parlimen yang tidak sokong, maka bajet tidak dapat diluluskan.Jika itu berlaku, ia akan menimbulkan suasana yang tidak stabil bahawa kerajaan tak dapat sokongan majoriti.”

Katanya lagi, darurat di negara akan berlaku dalam 3 jenis aspek iaitu:

  • Keselamatan dan keamanan awam
  • Ketenteraman awam
  • Kesejahteraan ekonomi

Jika ada elemen yang mendatangkan kemudaratan kepada aspek ini, darurat mungkin akan berlaku.

“Kabinet boleh mengesyorkan saja manakala proklamasi darurat akan dibuat Seri Paduka mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.” katanya.

Menurutnya lagi, persepsi yang yang kononnya darurat ini akan menyebabkan pentadbiran semua diambil alih tentera itu tidak munasabah kerana jentera kerajaan akan berjalan seperti biasa.

“Kita bukannya ada isu keselamatan dan ekonomi, ia cuma isu politik. Jadi pentadbiran akan berjalan seperti biasa dengan diketuai Seri Paduka yang mendapat nasihat daripada Kabinet.”

Sidang parlimen masih boleh berjalan seperti biasa, malah belanjawan juga boleh diteruskan. Atau yang kedua, Seri Paduka boleh menangguhkan sidang parlimen, namun perlu ada mekanisme lain untuk meluluskan belanjawan negara. Katanya lagi.

 

Baca : [TERKINI] “Nampaknya keputusan sudah dicapai” – Kabinet Malaysia Bersetuju Untuk Kuatkuasa Perintah Darurat?

Darurat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.