in

[TERKINI] “Nampaknya keputusan sudah dicapai” – Kabinet Malaysia Bersetuju Untuk Kuatkuasa Perintah Darurat?

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Mesyuarat Khas Kabinet telah diadakan pagi tadi selama tiga jam di Putrajaya.



Menurut The Malaysian Insight, hari ini jemaah menteri telah bersetuju untuk mencadangkan perintah darurat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menangani Covid-19.

Nampaknya keputusan telah dicapai” – kata sumber mengenai mesyuarat tersebut.

Keputusan ini dikatakan dibuat selepas menyaksikan peningkatan kes yang mendadak sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Darurat

Apa itu darurat?

Menurut Awani, darurat bermaksud satu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa.

Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.

Kesan darurat

  • Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif.
  • Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.
  • Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
  • Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)).

 

Baca: Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai PM – Tun Mahathir

Screenshot 2020 10 23 At 3.33.54 Pm

Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.