in

“Muhammad Sajjad umpama dajjal!” – Sajat & Adik Bergaduh Besar, Cabar Bersemuka Secara Live

Ft Mustika Bergaduh Dengan Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas banyak mendiam dan sering menjadi hiburan pengguna TikTok dengan lawak spontannya, nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih mesra dengan panggilan Nur Sajat kembali terpalit dengan satu isu panas yang melibatkan adik kandungnya sendiri, Nur Mustika.


Di TikTok banyak video-video mereka berdua berbalas kenyataan dan kali ini Nur Mustika dilihat seperti hilang sabar dengan abangnya itu menerusi satu perkongsian di Instagram yang menunjuk satu keratan gambar video dari TikTok yang memaparkan salah satu videonya kena remove.

 

Ko tak tahu apa rasa nya jadi perempuan hidup dgn segala penipuan ko.”

Dalam perkongsian tersebut, Mustika mendakwa bahawa Sajat menabur fitnah, buka aib dan guna duit yang dia ada untuk kawal media yang dia tidak mempunyai perniagaan.

Malah Mustika juga tahu apa yang dilakukan oleh Sajat di luar negara sekarang, tapi Mustika mengatakan bahawa Sajat menggunakan wang yang dia ada untuk khianat adiknya sendiri. Oleh itu, Mustika cabar Sajat untuk bersua dengannya menerusi satu sesi live.

“Ko sekarang kerja apa pun aku je tahu tapi ko guna duit tu untuk bunuh adik ko sendiri. Ko dengan segala penyokong ko sibuk berkempen jatuh kan aku.”

 

Guna duit stokis untuk kegunaan sendiri

Dalam pada itu, Mustika juga ada membuat satu pendedahan berkenaan dengan kes sivil yang pernah hangat beberapa tahun lepas. Ianya kes yang melibatkan Sajat dikatakan gagal untuk membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh syarikat OWA Resources pada Febuari dan April 2018.

Dalam kes tersebut, Sajat diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak RM 200K kepada  Nurwati Hussin, plaintif. Boleh baca selanjutnya disini berkenaan kes tersebut.

Kata Mustika, Sajat lari sebab tak mampu nak bayar, dia juga mendedahkan bahawa Sajat menggunakan wang stokis untuk kepentingan sendiri iaitu kawal media untuk menutup segala post yang dibuat oleh Mustika mengenai pendedahannya.

“Ko berani ko live dgn aku! Live la!!! Penakut.. SBB TU KAK WATIE MENANG SAMAN 200k!!! KO LARI SEBAB KO TAK MAMPU BAYAR! Duit stokis ko guna utk kepentingan ko bayar manusia yg control media. Ko tutup apa saja post aku utk tunjuk siapa ko.. YA ALLAH! AKU DOA SETIAP HARI SEBAGAI SEORG IBU DAN SEORG YG RASA DIANIAYA SUPAYA BALAS APA YG KO BUAT DLM HIDUP AKU. KO ADA PENYOKONG LBGT KO!”

 

Penipu makan duit ramai orang

Mustika juga menyatakan segala kebenaran ada di tangannya, malah video Youtube yang berjudul ‘Halalkah Aku’ itu merupakan satu bukti, kata Mustika.

“Aku lah adik yang dipijak supaya ko naik! RM50k aku tolong ko ketika takde sape percaya ko blh buat business! Tapi aku lah yang tolong ko! Penipu!!! KO PENIPU MAKAN DUIT RAMAI ORG! Kak Watie yang setia dari mula ko naik pun ko sedaya jatuh, saman, malukan. Itu keluarga ko! Cousin ko! Sbb ko penipu la dia menang kes saman tu!!”

 

Buat adik bongsu sampai kena senarai hitam

Dedah Mustika lagi, ramai orang terdekat dengannya ‘terkena’ dengan Sajat sehinggakan adik bongsunya kena senarai hitam oleh pihak bank dan menyukarkan untuk membuat sebarang pinjaman.

“Begitu la nasib semua yg penah knl MUHAMMAD SAJJAD. Adik bongsu ko pun ko buat smpai blacklist!! Pinjam acc adik bongsu ko smpai dia tak blh buat pinjaman.. apa jadi dgn hidup dia? Apa jadi dgn hidup aku? Muhammad Sajjad tidak bertanggungjwb!! Dia umpama dajal sebar fitnah tanpa bukti!”

Sebelum ini Mustika pernah membuat satu kenyataan di media dan mendakwa ayatnya telah diputar belitkan.

Baca : “Dia tak professional bila berniaga” – Sajat Kalah Kes Saman Hampir RM200K Lepas Muat Naik Gambar Bertelekung?

Featured Image Sajat Kalah Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.