in

Mudahnya Cari Pahala! Lelaki Mandikan Gelandangan Tepi Jalan Dipuji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kita tak sangka, sekecil-kecil perkara yang kita buat atas muka bumi ni sebenarnya sangat besar pahala di mata Allah SWT. Antaranya ialah seperti apa dilakukan lelaki ni, yang mana kisahnya dikongsikan rakan di Twitter.


Netizen bernama Syafiq Amran dah memuat naik video rakannya sedang memandikan lelaki gelandangan kat jalan belakang sebuah restoran makanan segera di Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Menurut Syafiq, rakannya masa tu agak boring dan dia akhirnya ambil keputusan untuk memandikan lelaki gelandangan yang berusia dalam lingkungan 50 tahun. Lelaki tu pun katanya memang sering dapat bantuan daripada orang ramai yang lalu lalang dekat jalan belakang tu.

Video yang viral ni telah mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata tersentuh dengan tindakan rakan Syafiq tersebut. Mereka jugak mendoakan semoga Syafiq dan rakannya ni dimurahkan rezeki. Aminnn! 

Sumber: Twitter

Bagi Syafiq, apa yang dilakukan rakannya tu memang jujur dari hati sebab dorang pun bukan jenis berduit yang boleh membantu dari segi kewangan. So dengan cara macam ni, sedikit sebanyak kehidupan pakcik tu rasa lebih selesa dan senang hati bila keadaan tengok keadaan badan dia bersih.

Sumber: Twitter

Alahai baiknya hati anak muda ni! Kalau nak buat baik tak semestinya kena derma juta-juta, cukuplah dengan bantu orang gelandangan dari segi yang paling mudah macam ni.

Salute dengan awak, bro! 

Baca: Baru Berusia 13 Tahun Tapi Dah Pandai Berniaga Jual Cempedak!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.