in

Motorola Razr Is Back! Handphone Flip Paling Legend Zaman 2000an Ni Katanya Bakal Kalahkan Samsung??

Razrrrrrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa ingat lagi dengan handphone flip paling legend zaman 2000an?


Haa min ingat lagi, dorang yang pakai phone Motorola Razr V3 ni mesti berlagak gila lah sebab boleh flip sana sini dengan warna-warnanya yang ‘elegan’ lagi macam pink, purple, hitam dan macam-macam lagilah!

Giphy

Bukan takat phone je flip, rambut pun dia nak flip jugakkk! 

 

Motorola Razr buat comeback hujung tahun 2019 ni! 

Well sebenarnya ada good news ni bagi korang yang masih tak boleh move on dengan handphone flip. Baru-baru ni, Motorola maklumkan yang telefon flip ni akan buat comeback dengan Motorola Razr 2019! Wow! 

Gaya rekaannya yang agak seksi ini ialah sebuah telefon pintar Android dengan skrin yang boleh dilipat. Yes boleh lipat, sama macam Motorola Razr yang dulu tu!

Cumanya Razr 2019 tak adalah pilihan warna macam versi dulu. Bagi min, ia lebih menampilkan gaya elegan, profesional dan sophisticated gitew!

72132321 1022161028125999 7849366738499010560 O

69789677 1022161118125990 6717678246533529600 O
sumber: facebook

Motorola Razr 2019 lagi bagus dari Samsung Galaxy Fold? 

Bagi korang yang mengikuti update pasal telefon pintar kat dunia ni, beberapa jenama telefon termasuklah Samsung tak lama dulu ada keluarkan handphone yang jenis fold juga tetapi hasil kualitinya agak tak memuaskan.

Menurut Amanz, berbanding dengan Galaxy Fold dari Samsung, Razr lebih tahan kalis percikan air. Malah garis lipatan ‘fold’ tu jugak tak ternampak obvious sangat pada skrin macam telefon pintar Galaxy Fold. 

 

“Cool! I want one!” – Netizen 

Rata-rata netizen yang melihat kemunculan baru Motorola Razr ni dah tak sabar-sabar nak dapatkannya tau. Haa mesti terimbau kenangan masa guna Razr zaman 2000an kan?

Razr
sumber: twitter

Berikut spesifikasi bagi Motorola Razr 2019: 

Display
sumber: blog

Sebelum korang berkira-kira nak kumpul duit beli Motorola Razr 2019 ni, harganya di US dijual pada $1499 iaitu bersamaan RM6233. Jadi harganya tak berapa nak murah sangat lah bagi korang di kelas pertengahan tu. Wuuu… 

Kita tunggu dia masuk Malaysia tengok harga berapa ye! 

Baca: “Mereka menolak teknologi moden” – Sisi Kehidupan Golongan Amish Yang Mungkin Perlu Kita Contohi

Amish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.