“Mereka menolak teknologi moden” – Sisi Kehidupan Golongan Amish Yang Mungkin Perlu Kita Contohi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak kita terfikir, semua teknologi canggih yang dicipta sekarang ni bukan saja diakui membantu memudahkan urusan kita — tapi sisi gelapnya, ia turut memberi impak buruk dalam aspek kesejahteraan rohani dan jasmani kita.

Contoh yang paling hampir adalah penggunaan telefon pintar, yang takkan pernah lekang dari genggaman kita dari terbitnya matahari sampailah ke malam.

Apa akan jadi kalau kita tinggalkan sejenak semua tu dan cuba untuk hidup seadanya? Sebenarnya ada satu golongan kat dunia ni yang tak tergoda pun dengan kepesatan teknologi dan semuanya mereka prefer buat secara manual!

Perkongsian mengenai golongan Amish ni ada dikongsi seorang pengguna Twitter, @PopPelangi.

Sebenarnya, mereka menolak menggunakan teknologi moden kerana semua itu dianggap perkara-perkara duniawi yang melalaikan dan dapat membuatkan mereka terpesong jauh dari pegangan dan Tuhan mereka.

Selain itu, golongan ini begitu menitikberatkan ‘ikatan ukhuwah’ sesama ahli keluarga dan komuniti mereka — justeru kalau kita tengok, hubungan kekeluargaan mereka ni memang sangat rapat dan kuat.

Meskipun terasing dalam kepesatan dunia moden sekarang ni, mereka tetap teguh meneruskan budaya, tradisi dan kepercayaan serta tidak sewenang-wenangnya membiarkan anasir luar masuk mempengaruhi gaya hidup mereka.

Mungkin itu sesuatu yang patut kita jadikan contoh kan? Apa pun, kalau korang nak baca lebih lanjut mengenai golongan Amish ni — silalah Google!

 

Baca: Bergambar Dengan Si Mati, Budaya Lazim Masyarakat Eropah Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.