in

“Moga berpanjangan pahala arwah” – Netizen Terharu Youtuber Baru Meninggal Dunia Ini Tinggalkan Lebih 100 Video Tutor Add Math

Cikgu Addmath

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana insan atas dunia ni dituntut untuk berbuat baik kerana kebaikan kita tu akan jadi pahala yang akan membantu kita di akhirat kelak. Pahala ni pulak akan jadi lebih besar kalau kebaikan yang kita buat tu dipanjang-panjangkan oleh orang lain.


Menerusi perkongsian di Twitter, seorang cikgu Add Math ni dikatakan telah mendapat pahala berpanjangan kerana banyak membantu pelajar tak kiralah semasa dia hidup atau kini apabila sudah tiada lagi…

 

“Dia telah meninggalkan lebih 100 (video) topik Add Math di Youtube untuk pelajar Form 4 & 5” 

Menurut posting tersebut, Cikgu Hayati atau nama penuhnya Hayati Aini Ahmad ialah seorang tutor di Youtube dan baru saja meninggal dunia tak lama dulu.

Namun contribution arwah terhadap pelajar SPM di Malaysia ni sangat berharga apabila dia meninggalkan lebih 100 video tutorial penyelesaian masalah Add Math untuk rujukan semua. 

 

“Sejak 2017, arwah fighting dengan cancer. Syurga buatmu cikgu” 

Meskipun ramai tidak mengenali Hayati, admin sempat membuat research sikit pasal arwah yang seterusnya membawa kepada revelation yang sebenarnya Hayati ni sudah mula buat tutorial video Add Math semenjak tahun 2017 lagi.

Dia pada asalnya memang seorang guru tetapi dia dapat cuti sakit kerana menghidap kanser tahap 4. Namun arwah nampaknya tak berputus asa.

20375992 10203565346492307 1436056608216766279 N
sumber: facebook

Dia masih mahu berikan yang terbaik untuk anak muridnya dengan mula mengajar menggunakan Digital Ink dan kongsikan bahan pengajaran di Facebook dan Youtube. Menteri terdahulu, Dato’ Seri Mahdzir Khalid pun pernah puji Cikgu Hayati ni.

Kanser 1

D1Cfmjzucaazkul
sumber: twitter

 

“Al fatihah untuk cikgu ni yang tinggalkan sesuatu yang berharga untuk kita kongsi bersama” 

Rata-rata netizen yang membaca kisah cikgu ini berasa terkesan dengan pengorbanannya sebagai seorang guru. Ramai berharap netizen di luar sana sebarkan video-video yang dibuat arwah untuk kegunaan masa depan.

Pahala Panjang
sumber: twitter

Terharu admin dengan semangat yang diperoleh arwah ni. Walaupun sakit masih bersemangat untuk mengajar student SPM. Bagi yang ambil Add Math tu, subscribe lah video Cikgu Hayati ni dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan. Al Fatihah… 

Baca: “Erti sebenar seorang hero” – Kerana Sibuk Selamatkan Nyawa 30 Pelajar Dari Gas Beracun, Pemandu Ambulans Kini Terlantar di ICU

Hero

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.