in

Missing Beaumont Children : Misteri 53 Tahun Kehilangan Tiga Beradik Beaumont Yang Masih Belum Terungkai

Featured 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nancy Beaumont iaitu ibu kepada “Missing Beaumont Children” telah meninggal dunia pada 16 September 2019 yang lepas pada usia 92 tahun.


Penantian itu satu penyeksaan, Nancy meninggal tanpa mengetahui nasib sebenar menimpa tiga orang anaknya yang hilang dengan misteri sejak 53 tahun lalu.

70998279 440224430173108 5902340110535360512 O
Sumber: facebook

Pada pagi 26 Januari 1966 yang juga merupakan hari perayaan Australia, Jane Nartare Beaumont (9 tahun), Arnna Kathleen Beaumont (7 tahun) dan Grant Ellis Beaumont (4 tahun) telah menaiki bas menuju ke Pantai Glemelg yang jaraknya hanya 3 kilometer dari rumah mereka.

Memandangkan ia adalah aktiviti yang biasa mereka lakukan, jadi tiada masalah untuk Nancy bagi melepaskan untuk anak-anaknya pergi.

Malang tidak berbau apabila hari tersebut Jane, Arnna, dan Grant langsung tidak pulang ke rumah mereka. Selepas seharian puas mencari, Jim dan Nancy Beaumount bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Beaumont Kids
Sumber: who magazine

Operasi pencarian dijalankan secara besar-besaran. Dilaporkan bahawa operasi pencarian tersebut adalah yang terbesar direkodkan di negara Australia.

Bagaimanapun, pencarian itu ternyata hanya sia-sia. Kanak-kanak malang tersebut tetap gagal untuk ditemui.

Berdasarkan keterangan beberapa orang saksi, anak-anak Beaumont itu didakwa bermain di sekitar pantai sambil ditemani seorang lelaki yang dianggarkan berusia dalam sekitar 30an.

De8891C995C4B1A9B86426D10B287B5F

Fa83794F815E90184D4C9Caf7306A573
Sumber: the australian

Keterangan itu bagaimanapun tidak memberi apa-apa terhadap perkembangan kes. Beberapa orang individu yang disyaki terlibat juga ditahan, namun tiada petunjuk serta bukti kukuh diperolehi.

Kini, sudah lima dekad berlalu. Kes anak-anak Beaumont ini masih lagi belum berjaya dirungkai menjadikan ia sebagai kes pelik yang paling sensasi di Australia.

Bahkan juga, wang ganjaran sebanyak $1 juta kepada sesiapa yang berjaya memberi maklumat penting dan tepat kes anak-anak Beaumount.

Baca : Bobby Bubble : Kisah Badut Terkenal Jadikan Remaja Sebagai Objek SeksSebelum Dipenjara

Badut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.