Di kala rakyat Palestin kini sedang sengsara dengan peperangan, ramai yang mengutarakan pendapat bahawa konsert kumpulan Coldplay yang bakal diadakan esok ini dibatalkan demi menghormati kesedihan mereka di sana.
Cakna dengan isu yang dibangkitkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi PMQ di Parlimen hari ini memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berhubung keperluan untuk meneruskan penganjuran konsert berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Artikel berkenaan: “Dia bergelek takpe” – TikToker Dikecam Gara-Gara Minta Konsert Coldplay Dibatalkan
Artikel berkenaan: “Tak hormat saudara di Palestin” – Ulama ISMA Gesa Konsert Coldplay Di Malaysia DIBATALKAN
Tambah PMX lagi, hal ini dinyatakan memandangkan ada juga pelobi daripada gerakan penyokong pejuang Palestin yang menyokong penganjuran konsert berkenaan dan pada masa yang sama terdapat pihak lain yang menyarankan agar ia dibatalkan.
PM Anwar Ibrahim says he will hold discussions with the Federal Territories Mufti on the upcoming Coldplay concert in KL.
“Coldplay antara kumpulan yang menyokong Palestine…ada pelobi dari gerakan Palestine yang menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong Palestine.” https://t.co/0WlJa2Ko4H pic.twitter.com/jNle4Un1Dt
— BFM News (@NewsBFM) November 21, 2023
Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan (konsert) juga. Saya akan bincang dengan mufti (berhubung) keadaan ini.
“Kerana ada pelobi dari gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) dan kepada pejabat saya mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.
“Oleh kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita bersetuju, itu saya akan bincang semula,” jelas PMX.
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan dalam menganjurkan konsert tersebut memandangkan Luqman meminta ia tidak diteruskan kerana bersifat melalaikan.
Menurut Luqman lagi, acara berkenaan bukan sahaja melalaikan malah ia juga tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat.
Coldplay yang berasal dari UK ini juga katanya menyokong kumpulan LGBT dan ia jelas bertentangan dengan nilai murni dan budaya Malaysia.
Kumpulan muzik ini dijadualkan bakal mengadakan konsert tersebut esok di Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena dengan siri jelajah Music of the Spheres World Tour.
Sumber: Berita Harian