Sekali lagi, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri beliau, Datin Dr Halina Mohd Yunos bakal menimang cahaya mata kembar.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Dr Sheikh Muszaphar di Instagram semalam yang memaklumkan kandungan isterinya kini berusia 13 minggu. Menurut beliau, mereka memang mahukan keluarga yang besar dan sangat bersyukur dengan rezeki ini.
https://www.instagram.com/p/CBkr2EEn9iL/
Meskipun begitu teruja, namun beliau akui risau dengan risiko tinggi hamil anak kembar berdasarkan pengalaman mereka sebelum ini. Bukan itu sahaja, meskipun kandungannya baru dalam 1st trimester, isterinya tetap berjuang untuk negara.
Menurut beliau, Dr Halina tetap bekerja sebagai petugas barisan hadapan untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital. Sebagai suami sudah tentu beliau risau. Katanya,
Mual berganda, muntah berganda, kembung berganda, keinginan berganda dan pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri.”
Sukar untuk melihat Dr Halina dengan kandungan trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner (petugas barisan hadapan) bagi merawat pesakit Covid-19.”
Ramai netizen yang dapat tahu tentang berita ini turut bergembira untuk mereka dan mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di ruangan komen.
Selain itu, ramai juga wanita yang bertanyakan tentang tips atau apa yang Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina amalkan untuk dapatkan anak kembar.
Congrats doktor!
Baca: Selepas 8 Tahun Bernikah, Dr Sheikh Muszaphar Dedah Mengapa Dr Harlina Jadi Pilihannya. Sweet!