in

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Video Anak Masuk Kolej, Bella Nampak Gembira Tapi..

Bella 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi berita gembira anaknya, Sophea Isabella atau lebih mesra dipanggil Bella telah memilih Kolej Genius Permata Pintar Negara sebagai tempat baru untuk menimba ilmu.


Terbaharu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi momen sedih keluarganya ketika mahu berpisah dan menghantar anak sulung ke kolej tersebut.

Adik-adik Bella nampak sedih

Menerusi hantaran video di Instagram, adik beradik Bella kelihatan sedih seolah-olah tidak mahu berpisah dengan kakak kesayangan mereka. Seorang demi seorang memeluk Bella dengan wajah yang sedih.

Dr Sheikh Muszaphar juga mengakui suasana pada pagi itu agak suram tidak seperti kebiasaan mereka di rumah.

Suasana muram adik beradik. Terasa sangat. Tak seperti biasa. Masing masing seolah memahami. Selepas hantar anak-anak yang lain ke sekolah, kami bertolak jam 7.30 pgi ke Seremban. Perjalanan agak senyap. Tidak tahu apa yang akan jadi.

Kolej baru dan besar

Kongsi Dr Sheikh Muszaphar di kapsyen, dia berkata sesi pendaftaran kolej anaknya berjalan dengan lancar dan Bella berjumpa dengan ramai pelajar lain. Setiap kelas dilengkapi dengan penghawa dingin dan hanya ada 15 sehingga 20 orang pelajar dalam satu kelas.

Kolej besar dan baru. Pesekitaran cantik untuk para pelajar.

Selain itu, asrama pelajar juga selesa dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, mesin basuh dan sebagainya. Satu bilik tidur memuatkan tiga orang pelajar sahaja.

Artikel berkaitan: “Permata Pintar, TKC & KYS”- Dilema Nak Pilih, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Dapat 3 Tawaran Sekolah Serentak

Artikel berkaitan: Terima Banyak Tawaran Sekolah Terbaik, Anak Sheikh Muszaphar Akhirnya Pilih..

Bella nampak gembira tapi…

Dr Sheikh Muszaphar berkata ini kali pertama dia dan isteri, Dr Halina berpisah jauh dengan Bella, jadi suasana agak menyentuh emosi. Bella kelihatan gembira tapi perasaannya yang sebenar sukar untuk digambarkan.

Tiba masa untuk pergi. Bella nampak gembira tapi dalam hatinya kita tak tahu.. sarat dengan emosi. Ini kali pertama untuknya dan kami. Dr Halina dah menangis. Sukar untuk berpisah tapi kami kena kuat.

Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan doa buat anak sulungnya dan perlu bersedia dengan momen sebegitu untuk melatih anak mereka hidup berdikari.

Moga Allah lindungi Bella sepanjang perjalanan ini, dipermudahkan segala urusan. Demi ilmu, pengorbanan mesti ada. 

Kami sentiasa bersedia untuk momen ini agar anak-anak jadi berdikari dan kuat untuk ‘keluar dari sarang’ demi mengejar ilmu.. tapi, bila waktu dah tiba, ia sangat sukar.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet mendoakan Bella dan menceritakan pengalaman mereka menghantar anak ke asrama.

Bella 1 1 Bella 2 1 Bella 3 1 Bella 4 1

Good Luck Bella! 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.