in

The Knights Award 2023 Beri Pengiktirafan Kepada 70 Individu & Syarikat Cemerlang Pelbagai Industri

Knight Award

The Knights Award 2023 buat julung-julung kalinya telah dilangsungkan di Hotel The St.Regis baru-baru ini bagi mengiktiraf barisan tokoh ternama, ikon perniagaan, selebriti tempatan dan antarabangsa, serta organisasi terkemuka dari seluruh Asia yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Pada malam penganugerahan tersebut, The Knights Award 2023 telah memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada 70 personaliti dan syarikat yang cemerlang daripada pelbagai industri atas pencapaian cemerlang.

Terdapat 3 kategori anugerah yang disampaikan pada malam tersebut, dimana setiap anugerah mempunyai keunikannya yang tersendiri dan diberikan berdasarkan kejayaan dan kelayakan para penerima.

Ngw 7340

The Duke Award

The Duke Award merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan pada malam The Knights Awards. Penerima anugerah ini berjaya menampilkan kecemerlangan dan kepimpinan yang jitu dalam bidang masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ??? ??????? ????? (@theknightsaward)

Senarai penerima individu bagi anugerah ini ialah :

  • Prof Tan Sri Datuk Dr Ghauth Jasmon – The Top Academician of The Year.
  • Dato’ Dr Sheikh Muszaphar – Icon of Malaysia 2023.
  • Dato Sri Norman Pang – The Legendary Icon of Insurance Industry.
  • Puan Sri Datuk Dr Shariffa Sabrina – The Environmental Philanthropist of The Year.
  • Rizal Nainy (CEO of SME Corp Malaysia) – The Top Corporate CEO of The Year.
  • Dr Ricky Beh –  The Top Entrepreneur of The Year.
  • Jonathan Chik – The Legendary Television Producer of All Time (Hong Kong).
  • Leng Yein – The Top Tourism Icon of The Year.
  • Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato’ Seri A. Samad Said – The Nobel Laureate of All Time.
  • Datuk Nicol David – The Most Inspiring Athlete of All Time.

Sementara itu, bagi kategori syarikat pula, anugerah ini diberikan kepada :

  • Tay Motors (M) Sdn Bhd – The Top Corporate of The Year (Motor Reseller).
  • WKV Holdings Sdn Bhd – The Top Corporate of The Year (Sound & Lighting).
  • Vivo – The Top Consumer Choice of The Year (Smartphone).
  • Parkroyal Collection KL – The Top Sustainability Hotel of The Year.
  • De.Wan 1958 by Chef Wan – The Top Restaurant of The Year (Malaysian Cuisine).
  • Influasia Sdn Bhd – The Top Digital Media Agency of The Year.
  • Raaji Silk Palace Sdn Bhd – The Top Corporate of The Year (Textile).
  • RS Group – The Top Brand of The Year (Japanese Omakase).
  • Lokes Ice Cream Sdn Bhd – The Top Corporate of The Year (FMCG).
  • Lifecare Alliance Sdn Bhd – The Top Corporate of The Year (Healthcare & Medical).

The Earl Award

Sementara itu, The Earl Award pula merupakan penghormatan yang diberikan kepada mereka yang memberikan sumbangan yang luar biasa dalam bidang masing-masing. Melampaui semua standard, karya pencapaian dalam kategori ini mencerminkan komitmen yang berterusan terhadap kegemilangan dan kelestarian.

Barisan penerima anugerah ini ialah Dato Haji Ismail Nordin, Datuk Jason Tan, Bob Lam (Hong Kong), Jack Lim, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh, Mark Lee Kok Huang (Singapura), Zung Ninja, Jaclyn Victor, Rebecca Chan (Hong Kong), Danny Goh, Dato Aaron Aziz (Singapura), Caroline Ang, Edison Ser, Foong Wai Leon and Kelvin Chan.

Manakala, kategori korporat diberikan kepada RS Group, Smileway Dental Clinic, Ledgit Viable Sdn Bhd, Shero Cosmetic, De.Wan 1958 by Chef Wan, Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, Lokes Ice Cream Sdn Bhd, Lifecare Alliance Sdn Bhd, Jade Garden Seafood Corner, De Kangaroo Production, Bam & Co, Tanah Aina Sdn Bhd, Autoris Adjusters Sdn Bhd, TCM & Western Naturopathic (M) Sdn Bhd and Chamrun Digital Group.

The Baron Award

Anugerah yang seterusnya pada majlis The Knights Award 2023 adalah The Baron Award yang mengiktiraf para perintis dan penggerak industri yang sedang berkembang.

Berbekalkan semangat dan bakat luar biasa, pemenang dalam kategori ini merupakan pencetus bagi idea, inovasi serta kecemerlangan yang mengubah lanskap perniagaan pada masa kini.

Penerima bagi kategori individu ialah Amber Tang, Arnold Kwok, Leanz Lim Wei Kuang, EUR ING Hong Wai Onn, Kyle Tham and Aya Wong.

Sementara itu, Damoo Kitchen & Event Sdn Bhd, Gryn Tech Sdn Bhd, HAL Empire Sdn Bhd, Worldwide Express Logistics Sdn Bhd, IDOM Worldwide, Sunshine Asia Group Sdn Bhd, Leng Sean Grooming, Ash Baker Fragrances, TS Marine Frozen Sdn Bhd and The Herbal Room Enterprise telah menerima anugerah yang sama bagi kategori korporat. 

Samw1717

Difahamkan, acara tahun ini hanyalah sebuah permulaan dengan pendedahan antarabangsa. Strateginya adalah untuk terus berkembang dan menyokong orang ramai dalam ekosistem yang lebih luas di seluruh benua Asia.

Ditubuhkan oleh Dr. Zyro Wong dengan sokongan Penaung Diraja, Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Bapa Pembangunan Ekonomi Malaysia dan Pengasas Petronas; Penasihat khas Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat; Council of Lords dari Kawasan Kesatuan Eropah, Juan Jose Delgado; Council of Lords dari Hong Kong, Kelvin Chan dan ramai pemimpin terkemuka lain dalam industri yang memegang peranan sebagai Council of Lords.

The Knights Award adalah mercu tanda inspirasi bagi usahawan yang bercita-cita tinggi untuk berusaha ke arah kegemilangan dan mengatasi halangan dalam mencapai kejayaan.

Dalam masa yang sama, penganugerahan ini juga bertujuan untuk memupuk rasa penyatuan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.

Dengan menyediakan platform untuk mengiktiraf pencapaian yang luar biasa, acara ini mendorong semangat persaudaraan dan pertumbuhan bersama di kalangan para pemenang sendiri.

Dengan tema “Bond, Build & Bloom,” upacara anugerah tahun ini menekankan pentingnya kerjasama merentasi industri dan sempadan bagi pendedahan pasaran maksimum dan kejayaan bersama.

The Knights Award 2023 berfungsi sebagai bukti semangat keusahawanan yang tidak terkalahkan dan peluang yang tiada batasan yang menanti bagi mereka yang berani mengecap kejayaan.