in

Mendebarkan! Helikopter Bawa Organ Terhempas, Doktor Pula Tersadung Masa Bawa Jantung Pesakit

Ft Heli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu insiden mendebarkan telah berlaku di lapangan mendarat helikopter apabila ia terhempas ketika cuba untuk melakukan pendaratan.


Insiden tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu di sebuah hospital di Los Angeles, California merupakan antara detik cemas yang seakan tiada penghujungnya.

Kejadian yang sempat direkodkan itu menunjukkan helikopter yang terhempas di helipad telah menyebabkan kecederaan kepada pilotnya, manakala tiga lagi ahli perubatan selamat dalam insiden tersebut.

Helikopter itu dipercayai membawa organ bagi menjalankan pembedahan transplant kepada seorang pesakit.

Capture 4 4

Susulan insiden itu, pihak bomba dikatakan bertungkus-lumus untuk mengeluarkan organ tersebut daripada serpihan hempasan itu, dan jantung itu berjaya dikeluarkan dalam keadaan baik lapor DailyStar.

Tidak berakhir disitu, insiden tersebut seakan berlarutan lagi apabila jantung yang dibawa oleh petugas perubatan itu pula jatuh ke lapangan mendarat tersebut.

Doktor yang membawa organ itu dipercayai sudah membawa organ tersebut dengan cermat tapi malang tak berbau.

Petugas perubatan tersebut tersadung apabila terlanggar serpihan helikopter yang terhempas.

Capture 3 1

Aduhh lepas satu,satulah insiden ni!

Walaubagaimanapun, pembedahan buat pesakit itu akhirnya telah selamat dilakukan.

Juruterbang bagi helikopter itu pula hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dirawat. Namun punca yang menyebabkan insiden itu berlaku dikatakan masih dalam siasatan.

Haihh macam-macam, rasa nak tercabut jantung min lepas satu-satu insiden berlaku…

 

Baca : Kamala Harris Cipta Sejarah, Wanita Kulit Gelap Pertama Jadi Naib Presiden Amerika Syarikat

Capture 4 3

Sumber: DailyStar
Sumber: DailyStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.