fbpx
in

Kamala Harris Cipta Sejarah, Wanita Kulit Gelap Pertama Jadi Naib Presiden Amerika Syarikat

2Kamala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan Parti Demokrat dan Joe Biden dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat melakar sejarah baharu apabila Kamala Harris menjadi wanita pertama dilantik sebagai Naib Presiden. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menjadi wanita kulit hitam pertama menjawat jawatan berkenaan.
Screenshot 2020 11 08 At 11.56.02 Am
Menurut @guardian di twitter, Kamala Harris mempunyai darah Asia Selatan, India dan Jamaica. Beliau juga akan menjadi wanita pertama yang mempunyai darah campuran menjadi Naib Presiden untuk Amerika Syarikat.
Dalam satu ciapan menerusi @KamalaHarris, beliau mengatakan pilihanraya presiden itu adalah lebih dari Joe Biden atau beliau sendiri.
Screenshot 2020 11 08 At 12.03.13 PmBeliau turut menambah, kemenangan dalam pilihanraya itu adalah mengenai jiwa rakyat Amerika dan keinginan untuk mempertahankannya, banyak kerja yang perlu dilaksanakan dan mendatang.
Jawatan beliau di White House itu terjamin selepas Joe Biden diunjurkan memperolehi 273 jumlah undian elektoral pada Sabtu sekaligus menewaskan Donald Trump yang menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat selama satu penggal.
1Bident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top