Menjatuhkan imej polis betul!
Semalam, seorang koperal polis telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan samun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang.
Menurut Harian Metro, ketika kejadian berlaku, mangsa yang berusia 29 tahun bekerja sebagai seorang jurujual sedang minum dengan rakannya dekat sebuah kedai berhampiran lokasi kira-kira jam 7 malam.
“Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.
“Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail dalam kenyataannya semalam.
Kejadian ini juga tular di media sosial selepas rakaman berdurasi 29 saat itu dimuat naik di Facebook.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1242014862815260/
Susulan daripada kejadian tersebut, seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit manakala 2 lagi rakannya berjaya melarikan diri.
“Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.
“Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Mohd Azam.
Kedua-dua suspek yang bebas sudah dikenal pasti identiti dan pihak polis kini dalam usaha mengesan mereka.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan.
Dalam pada itu, rata-rata netizen yang melihat rakaman video yang tular tersebut marah dengan sikap pegawai polis yang tidak berintegriti itu.
Nasib baiklah ada orang awam yang boleh tolong dekat-dekat situ. Kalau tak, entah apa jadi kat amoi tu.
Baca: Makin Melampau! Individu Menyamar Sebagai Polis, Tipu Duit Warga Emas Sehingga Hampir SETENGAH JUTA!