in

Makin Melampau! Individu Menyamar Sebagai Polis, Tipu Duit Warga Emas Sehingga Hampir SETENGAH JUTA!

Gambar Hiasan 2 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas ditipu kononnya dia terlibat dalam pengubahan wang haram sejak pertengahan bulan lepas, seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM496,000 lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam. 


Kronologi  Kes

 

Menurut Awani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 60 tahun itu mendakwa pada awalnya dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai pos laju bagi membuat siasatan berhubung kiriman bungkusan atas nama mangsa.

Kiriman itu dikatakan berkait dengan siasatan kes pengubahan wang haram menyebabkan panggilan itu perlu disambung kepada pegawai polis dari Ibu Pejabat Kontinjen Sabah, yang kemudian mengarahkan supaya wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) mangsa dipindahkan ke akaun bank.

Wazir

Mangsa memindahkan wangnya dan selepas hampir seminggu, suspek yang menyamar sebagai polis sekali lagi menghubungi mangsa bagi meminta maklumat peribadi perbankan kononnya bagi tujuan siasatan.

 

Mohd Wazir berkata lagi, mangsa mendakwa hanya menyedari wang simpanannya berkurangan sebanyak RM496,000 selepas membuat semakan di cawangan bank di Bentong.

Panik dengan kehilangan wang itu, mangsa cuba menghubungi suspek namun gagal menyebabkan dia membuat laporan polis di Balai Polis Karak, Bentong.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

 

Macau Scam? Apa tu?

‘Macau Scam’ merupakan satu sindiket didalangi dari Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan juga dari tempatan.

Menurut Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui Facebook rasmi mereka, sindiket ini beroperasi dengan cara menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing (menyamar) sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.

Macau Scam

So hati-hati ye guys, sebarkan benda ni kepada orang tua kita supaya diorang tidak terkena macam ni!

 

Baca: HANGUS! Semua Simpanan Tabung Haji, ASB, Pusaka Seorang Pesara Bernilai RM1.84 Juta Lesap Akibat Macau Scam

Q 3

Sumber: PDRM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.