Kalau min cakap pasal Kak KM, mesti korang dah sedia maklum dengan cara marketing yang sedikit berunsur lucah untuk mempromosikan produknya kan?
Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli yang juga merupakan anak kepada pelakon Normah Damanhuri ini sekali lagi mencuri perhatian orang ramai apabila memukul punggung beberapa artis di tempat public.
Artis yang dilihatkan dalam video itu adalah usahawan Dato’ Seri Vida, Ifa Raziah dan juga founder kosmetik Che Ta Pot Pet dan ianya telah pun tular hampir di semua platform media sosial.
“Dah kena tegur pun, pekakkan telinga je”
Tindakan Kak KM bersama beberapa artis itu mendapat kecaman orang ramai kerana mereka menyifatkan ianya tidak sepatutnya dilakukan di tempat yang terbuka dan juga tidak sopan sebagai kaum wanita yang berpengaruh.
“Patutlah… Semua ni kalis maki.. Si Ifa Raziah haritu bangga dapat pergi umrah, si KM tu bangga dapat beli banglo… Si DSV tu, hmm malas nak kata macam-macam” – Komen netizen
Tak kurang juga yang mengharapkan agar mereka semua tak lagi ulang tindakan yang sama di masa akan datang kerana risau sekiranya aksi itu menjadi ikutan dan menjadi sesuatu yang dianggap biasa oleh orang awam.
Difahamkan aksi itu dibuat untuk mempromosikan Karnival Usahawan Negara yang akan diadakan bermula pada 24 Jun hingga 27 Jun ini bertempat di Lalaport, Kuala Lumpur.
Min is too stunned to speak. Harapnya korang ambil insiden ni jadi as iktibar okay?
Baca: “Sila tag Kak KM apa ntah nama dia” – Kak Lina Pom Pom Respon Kenapa Tutup Muka Anak