in

“Memalukan sebagai orang Islam” – MV Baru Andi Bernadee Dikritik Netizen, Scene ‘Gigit Leher’ Terlampau Seksi?

Seksa

Sejak akhir-akhir ni, golongan artis dilihat makin kreatif dalam menghasilkan karya masing-masing. Kreatif ni bukan saja dari lagu yang dihasilkan tapi MV lagu pun makin di luar kotak ideanya.

Namun tak semua orang boleh terima kreativiti dan kelainan yang ditampilkan seperti dalam muzik video Andi Bernadee yang baru ni bertajuk Shimmy.

 

“MV lagu baru Andi ‘jijik LUCAH terlampau sexy'” 

Menerusi satu posting yang viral di Twitter, MV Shimmy dikritik kerana dikatakan terlalu ‘lucah dan seksi’. Uish!

Lebih menambah kontroversi, katanya dalam MV ni ada scene gigit-gigit leher. Amboi! Korang tengoklah sendiri kat bawah.

G2

G

 

“Finally ada jugak orang sedar pasal MV si Andi ni, so disgusting” 

Tweet tersebut mendapat sokongan daripada netizen lain yang mempunyai pendapat yang sama.

Ada juga yang mengatakan, Andi meniru idea MV tu daripada penyanyi antarabangsa, Jason Derulo dan tak ada originality dalam lagu dan video tersebut. Siap ada yang cakap muzik video ni terlalu ‘kebaratan’ sangat sampai melanggar ciri-ciri keislaman. Hmm…

Shimmy

 

“Kita ni sebagai Melayu takyah kot buat video macam tu acah vampire” 

Bernadee

Korang rasa macam mana? Okay ke Andi buat MV macam ni atau macam keterlaluan je bagi seorang Muslim untuk buat video macam ni? Min pun tak tahu nak kata apa. 

Baca: “Ada part solat tapi pakai seksi” – Ada Yang Suka & Ada Yang Kritik, Haneesya Kini Penyanyi Rap

Hh

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter