Nama Haneesya Hanee dah macam sinonim dengan kontroversi walaupun baru sahaja menapak dalam industri seni hiburan tanah air.
Sebelum ini, viral dengan kontroversi isu kemenangan Dewi Remaja ditarik, isu warna kulit dan saman menyaman netizen oleh ibunya sendiri.
Terbaru, nama Haneesya disebut-sebut sekali lagi selepas video klip lagu terbarunya bersama kumpulan Bimasakti dimuat naik di Youtube.
Haneesya pernah maklumkan pada media dan netizen yang dia bakal keluar dengan single duet bersama sebuah band dan selepas beberapa dikeluarkan, lagu bertajuk Mengejar Mimpi itu dah dapat lebih 24,000 tontonan.
Tapi, biasalah benda-benda baru selalunya akan dapat mix reaction daripada netizen kan? Begitu juga Haneesya yang kini dah jadi penyanyi rap, tak terlepas daripada dapat komen dan reaksi daripada pendengar serta penonton.
Melalui ruangan komen dekat Youtube, bermacam jenis komen dari netizen tentang lagu Mengejar Mimpi. Ada yang puji dan suka dengan lagu itu tapi ada juga segelintir yang tidak suka dengan kolaborasi Bimasakti serta Haneesya.
Komen paling banyak dari netizen adalah tentang rentak lagu itu yang menurut mereka seperti lagu anime. Siap ada yang samakan dengan lagu opening kartun anime!
Korang dah dengar lagu Mengejar Mimpi? Apa komen korang?