Kematian aktor kacak kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair ternyata memberi kejutan bukan saja buat fansnya di Malaysia dan Indonesia, malah rakan dan keluarga terdekat.
Hal ini kerana, rata-rata mereka yang mengenalinya mengakui Ashraf seorang yang sihat dan tidak ada sebarang penyakit semasa hayatnya. Disebabkan hal tersebut, peminat terutamanya pengikut Instagram Ashraf mula berspekulasi akan sebab kematian aktor terbabit.
Meninggal kerana rawatan 20,000 sit up dalam tempoh 30 minit?
Menerusi posting yang dimuat naik Ashraf 4 hari lepas di Instagram, arwah katanya telah berkongsi satu rawatan yang digabungkan dengan rutin senamannya yang mana seseorang tu boleh lakukan senaman sit up (bangkit tubi) sebanyak 20,000 kali dalam tempoh 30 minit.
Malah kata Ashraf, rawatan ni dibuat bagi mendapatkan bentuk perut yang ideal dan membuang lemak yang tak diperlukan. Dengar macam wow kan?
“Ini bukan olahraga ototnya tapi jantungnya! Kayaknya ini gara-gara suaminya BCL meninggal…”
Sebaik saja berita kematian Ashraf viral di media sosial, postingnya berkenaan rawatan ini mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen seakan menyalahkan rawatan tersebut sebagai punca kematian aktor tersebut kerana ia yang dianggap ekstrem dan membuatkan jantung Ashraf bekerja keras daripada biasa.
Apa-apapun buat masa ini, pihak keluarga Ashraf masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara ini dan kita anggap sajalah ia sekadar spekulasi daripada netizen.
Yang terbaik sekarang kita sedekahlah Al Fatihah buat Ashraf dan doakan semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini.