in

Maut Lepas Kena Sengat di Langkawi?

Obor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang mandi di tepi pantai, mesti ada seorang ahli keluarga atau rakan yang suka ingatkan tentang bahaya obor-obor. Jangan buat main-main weh dengan sengat obor-obor. Silap haribulan boleh bawa maut!



Baru-baru ni, seorang pelancong Sweden yang sedang seronok bercuti di Pulau Langkawi ditimpa nasib malang dan meninggal dunia lepas kena sengat dengan obor-obor. Insiden ni telah berlaku dekat pantai Tanjung Rhu pada 27 Jun lepas.

Tourist Died After Getting Stung By Jelly Fish In Pulau Langkawi World Of Buzz 2
gambar hiasan

Menurut NST, mangsa berusia 60 tahun yang bernama Sohrabi Saeed ni pada mulanya tengah berenang dekat area pantai dalam jam 3.15 petang sebelum dia kena sengat dengan obor-obor. Beberapa minit kemudian, dia diserang komplikasi kesihatan dan kemudian terus tak sedarkan diri.

Orang awam yang ada di sekeliling cuba membantu dengan melakukan CPR kepada mangsa, tapi mereka tak berjaya sedarkannya.

“Pihak polis dari balai polis Ayer Hangat yang menerima laporan insiden tu tiba di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan,” lapor ketua polis Langkawi.

Tourist Died After Getting Stung By Jelly Fish In Pulau Langkawi World Of Buzz 3
sumber: wob

Spesis obor-obor tersebut masih lagi tak diketahui dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Langkawi untuk post-mortem.

Kalau korang kena sengat dengan obor-obor atau jellyfish, jangan panik dan buat step di bawah:

  1. Keluar dari kawasan air dan pantai secepatnya.
  2. Basuh bahagian yang disengat dengan cuka untuk 30 saat.
  3. Buang tentakel dengan alat penyepit
  4. Rendam bahagian yang disengat dalam air panas (40°C – 45°C)
  5. Bawa ke unit kecemasan jika anda disengat di bahagian lebih daripada separuh lengan atau kaki ataupun tubuh anda memberi sebarang reaksi alergi. 
15941195 1272524372800816 7751858166636278399 N 1
gambar hiasan

Sebelum nak mandi kat pantai tu berhati-hati lah ye. Periksa keadaan air dan tambah pulak kalau air pantai tu keruh dan korang tak boleh nampak ke dasarnya. Stay safe ye korang! 

Baca: Remaja 14 Tahun Muat Naik Foto Dipatuk Ular, Meninggal Beberapa Jam Kemudian

Ularrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.