in

“Matanya buka dan kedip beberapa kali” – Gempar di Indonesia Kanak-Kanak Mati ‘Hidup Semula’ Ketika Jenazah Dimandikan

kok hidup semula ya

Gempar satu kampung apabila seorang kanak-kanak perempuan yang disahkan sudah meninggal dunia tiba-tiba hidup semula. Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku pada 18 Ogos lepas di sebuah perkampungan dekat Probo­l­inggo, Jawa Timur, Indonesia.

Siti Mastufah Wardah, 12, telah dimasukkan ke Hospital Dr Moh Saleh Kota Probolinggo akibat diabetes kronik serta komplikasi organ dan disahkan meninggal dunia pada jam 6 petang hari Isnin lepas. Jenazahnya kemudian dibawa pulang oleh keluarga pada jam 7 malam dari rumah mayat.

mayat3

mayat2

Namun, ketika jenazahnya dimandikan orang kampung mendakwa Mastufah tiba-tiba membuka mata dan berkedip beberapa kali. Keluarganya yang percaya dia hidup kembali terus mengangkat masuk Mastufah ke dalam rumah. Seorang penduduk berkata,

“Ketika hendak dimandikan, tiba-tiba jantung arwah berdegup semula sehingga membuatkan orang ramai termasuk ahli ke­­luarganya terkejut.”

mayat

Selepas dihubungi oleh ahli keluarga, pihak perubatan tiba di rumah untuk memeriksa keadaan Mastufah. Bagaimanapun, selepas sejam memberikannya bantuan pernafasan dan oksigen, Mastufah sekali lagi disahkan meninggal dunia.

Kata petugas perubatan itu, kejadian ‘jenazah hidup semula’ bukanlah sesuatu perkara yang jarang berlaku kerana ia boleh terjadi disebabkan beberapa faktor.

“Terdapat beberapa faktor seperti tekanan yang terkumpul di dada ketika bantuan pernafa­san dibuat. Faktor lain ialah hiper­kale­mia iaitu kadar kalium yang tinggi dalam darah,” ujar seorang pakar perubatan.”

Menurut Harian Metro, jenazah Mastufah kemudian dikebumikan pada hari yang sama di kawasan perkuburan awam dekat kampung berkenaan.

Baca: Wanita Kongsi Kisah Seram Mayat Hidup Semula Akibat Tuntut Ilmu Salah di Sarawak

Ilustrasi 1

Sumber: Detik
Sumber: Detik
Sumber: Detik