in

Beg Mayat Bergerak, Lelaki ‘Mati’ Dalam Kemalangan Rupanya Masih Hidup

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tentang kisah seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan motosikal dan telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian namun dia sebenarnya masih hidup!


Menurut Daily Mail, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Raimundo da Silva itu dah rasa macam tak sihat ketika dia menunggang motor di bandar Araguaina, Brazil.

Dia kemudiannya tiba-tiba jatuh daripada motosikal, dipercayai akibat pengsan dan pasukan paramedik telah dihubungi oleh orang awam untuk bergegas ke lokasi tersebut untuk menyelamatkan mangsa.

Dead 1

Walau bagaimanapun, pasukan paramedik itu telah mengesahkan lelaki yang berusia 71 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian. So, dorang masukkan ‘mayat’ penunggang motor tu ke dalam beg mayat dan mayat itu dijaga oleh pihak polis sementara menunggu koroner datang. 

Namun, bila wartawan sampai untuk cover berita kemalangan tu, mereka tiba-tiba perasan yang beg mayat tu macam ada pergerakan. Geovanni Pereira iaitu wartawan di tempat kejadian bercerita kepada laman berita G1 bahawa beg mayat tersebut memang dah ditutup ketika dia sampai di situ.

Dead 2

Jadi, disebabkan ada pergerakan pada beg tersebut, ianya dibuka semula oleh polis untuk tengok apa yang terjadi dan kesemua mereka di lokasi tersebut nampak ada buih udara di bahagian bibir ‘mayat’. Jadi, wartawan tadi cepat-cepat buat CPR kepadanya selama 10 minit.

Lelaki tadi kemudiannya telah dibawa ke hospital dalam keadaan yang masih bernyawa dengan ambulans setelah pihak paramedik tadi telah dipanggil semula. Namun, keadaan terkini mangsa masih belum diketahui.

Nasib baik ada wartawan tu yang perasan, kalau tak, tak tahu lah apa jadi dekat lelaki tu kan. 

Sumber: Daily Mail 

Baca: “Macam tengok jasad sendiri”- Lelaki Ini Kongsi pengalaman ‘Mati’ Selama 20 Minit Ketika Pembedahan

Dead

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.