Sebuah masjid di Liverpool iaitu Masjid Al-Rahma yang terletak di Hatherley Street kini sedang membuka satu jawatan kosong buat umat Islam iaitu sebagai Imam di masjid tersebut.
Perkara yang diuar-uarkan oleh Liverpool Muslim Society (LMS) ini iaitu mereka mahukan calon imam yang boleh memberi inspirasi untuk menjalankan pelbagai aktiviti pada komuniti di wilayah tersebut.
Artikel Berkaitan : Tular Imam Turkiye Ditahan Di Mekah Sebab Sebut Palestin, Lelaki Ini Dedah Rupanya…
Artikel Berkaitan : Terpaksa Bawa Sebab Tak Ada Orang Jaga, Netizen Geli Hati Lihat Gelagat Anak Waktu Bapa Imamkan Jemaah
Bahkan, purata gaji yang ditawarkan itu bukan lah kecil. Ia sebanyak £30,000 hingga £38,000 (~ kira-kira RM223,798 setahun) di mana ia melebihi kadar purata gaji bukan sahaja di Malaysia malah bagi pekerja di Liverpool sendiri.
Bagaimanapun, kerja ini bukanlah semudah mana yang disangkakan, calon-calon perlu menggalas satu tanggungjawab yang besar untuk memegang jawatan sebagai Imam di masjid yang boleh memimpin sebanyak 2,000 ke 2,500 jemaah ini.
Sumber melaporkan bahawa individu yang berjaya menyandang sebagai jawatan imam itu haruslah memberikan inspirasi untuk menjalankan segala aktiviti masjid dan pusat Islam di sana.
Calon juga kena melibatkan diri dengan ahli komuniti yang cukup luas serta perlu memberi penekanan kepada belia Islam dan orang Islam yang berada di sana di samping menjadi Imam di masjid berkenaan.
Boleh tengok selanjutnya di bawah ni…
Wow, sangat besar ya gaji. Tapi lagi besar gaji, lagi besarlah tanggungjawabnya.
Sumber : The Vocket, Facebook