in

Tular Imam Turkiye Ditahan Di Mekah Sebab Sebut Palestin, Lelaki Ini Dedah Rupanya…

Imam Turkiye Di Tahan Di Mekah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang imam dari Turkiye dilaporkan telah ditahan di Mekah gara-gara menyebut perkatan Palestin dan Gaza semasa mengerjakan umrah.

Menurut sumber, imam tersebut dikenali sebagai Mustama Efe yang terkenal dengan video bersama kucing-kucingnya.


Malah, imam tersebut turut memuat naik sebuah video pendek memaklumkan mengenai penahanannya di Mekah selama 12 jam selain menunjukkan kakinya turut digari.

Artikel berkaitan: Wartawan Terbangkan Dron Dalam Mahkamah Ditahan Polis

Artikel berkaitan: Al-Hassan Abdullah: Kisah Lelaki Ghana Yang Dapat Ke Mekah Lepas Ada Dron Jatuh Di Kawasan Rumah

Berita mengenai penahanannya itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan pihak berkuasa di Mekah.

Namun apabila diselidiki, laporan penahanan disebabkan menyebut perkataan Palestin dan Gaza adalah berita palsu yang digembar-gemburkan.

Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna media sosial yang menjelaskan penahanan iman terbabit adalah disebabkan kesalahan menerbangkan dron tanpa permit.

Menurutnya, jemaah terbabit bukan sahaja menerbangkan dron tanpa persetujuan pihak berkuasa di sana, malah turut mempromosi pakej umrah syarikat pelancongannya.

“Fakta sebenarnya ialah orang itu ditahan sebab terbangkan dron. Memang terbangkan dron di sini satu kesalahan. Kena ada permit, di Malaysia pun sama!” katanya dengan memberi pautan mengenai hal sebenar.

Dalam pada itu, dia turut terkilan ramai yang bertindak menyalahi pihak berkuasa di sana yang kononnya sanggup menahan seseorang hanya kerana menyatakan sokongan terhadap saudara Islam di Palestin.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.