in

Guna Istilah ‘Telefon Allah’, Pemimpin Masjid Aolia Minta Maaf Secara Terbuka

Masjid Aolia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemimpin Masjid Aolia yang menyambut Aidilfitri awal 5 hari dari orang lain telah tampil memohon maaf secara terbuka selepas menggunakan istilah ‘telefon Allah’ baru-baru ini.

Ketika memberi penjelasan mengenai sambutan Aidilfitri lebih awal, Kiai Haji Raden Ibnu Hajar Sholeh Pranowo atau dikenali dengan nama Mbah Benu berkata, beliau telah ‘menelefon’ Allah untuk mendapatkan tarikh bagi menyambut Aidilfitri .


Kenyataan itu bagaimana pun telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai. Bagi tidak mengeruhkan keadaan, Mbah Benu telah tampil sekali lagi bagi membuat permohonan maaf secar terbuka berikutan penggunaan istilah ‘telefon Allah’. Video permohonan maaf beliau boleh dilihat dibawah.

Artikel berkaitan: ⁠”Lain mcm penjelasan” – Dakwa Telefon Tuhan Untuk Kepastian, Ini Alasan Ketua Jemaah Masjid Aolia Sambut Raya Awal

Artikel berkaitan: Penjawat Awam Dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 6 Mei Ini

Dalam permohonan maaf itu, Mbah Benu menjelaskan istilah itu hanyalah sekadar menggambarkan perjalanan spiritualnya yang berhubung secara batin dengan Allah SWT. Beliau juga meminta maaf kepada semua pihak atas kekeliruan dan pergaduhan yang berlaku.

Untuk rekod, penduduk berdekatan Masjid Aolia di Panggang, Giriharjo, Gunungkidul, Daerah Istimewa Yogyakarta bermula puasa awal 5 hari dari kalander Hijrah dan telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada 5 Mac 2024.

Sumber: Khazanah Republik, @SinarOnline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.