in

“Mangsa patutnya dihantar ke rumah nenek” – Anak 4 Tahun Meninggal Lepas Tertinggal Dalam Kereta Selama 10 Jam Ayah Kerja

Bbbb

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut setelah ayahnya tanpa sengaja membiarkannya di dalam kereta selama sepuluh jam di tempat kerjanya dekat Bukit Makmur, Sungai Lalang, Sungai Petani pada 13 Ogos.

Ayahnya hanya menyedari anak perempuannya berada di dalam kereta ketika dia habis bekerja dan mahu pulang ke rumah pada pukul 6.20 petang. Ketua Polis Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu Harian Metro bahawa kanak-kanak itu ditinggalkan di dalam kereta dengan tingkap ditutup dan enjin dimatikan.

Anak1

Sebelum itu, si bapa telah menghantar anak perempuan sulungnya ke (SMK) Teluk Bayu, Sungai Petani pada pukul 7.30 pagi dan terus pergi ke tempat kerjanya tetapi terlupa tentang anak perempuannya yang baru tidur di tempat duduk belakang.

Mangsa seharusnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum ayah pergi bekerja.”

Ketika si bapa mahu pulang ke rumah, dia menyedari bahawa anak perempuannya tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang. Panik, dia meminta pertolongan tetapi malangnya kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat. Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

 

Baca : “Kluster baru virus di Sarawak” – 3 Beranak Meninggal Dunia, Berjangkit Dengan Ahli Keluarga Pulang Dari Itali

Itali